{"id":30731,"date":"2025-06-21T06:23:16","date_gmt":"2025-06-21T06:23:16","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=30731"},"modified":"2025-06-21T06:23:16","modified_gmt":"2025-06-21T06:23:16","slug":"kerajaan-terus-pacu-pembangunan-holistik-untuk-kesejahteraan-rakyat-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerajaan-terus-pacu-pembangunan-holistik-untuk-kesejahteraan-rakyat-hajiji\/","title":{"rendered":"Kerajaan Terus Pacu Pembangunan Holistik Untuk Kesejahteraan Rakyat &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINBALU : Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh pelaksanaan dasar pembangunan yang inklusif dan menyeluruh menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam usaha memastikan kemajuan berterusan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, dasar pembangunan itu telah memberi impak yang ketara khususnya dalam aspek pemulihan ekonomi, pelaburan, pertanian, pembangunan modal insan serta kesejahteraan rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAlhamdulillah, kita menyaksikan perkembangan pelaburan yang semakin rancak dan kutipan hasil negeri yang turut meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini bukti keberkesanan pendekatan yang digerakkan kerajaan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan kepada pembangunan sektor pertanian yang menjadi antara penyumbang penting dalam menjamin keterjaminan makanan di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, antara inisiatif utama kerajaan termasuklah penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) serta pelancaran Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) yang bertujuan meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) pengeluaran beras negeri daripada 24 peratus pada 2025 kepada 60 peratus menjelang 2030.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni adalah langkah strategik untuk memastikan Sabah lebih berdikari dalam pengeluaran makanan asas, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap import,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, pembangunan modal insan, khususnya generasi muda, terus menjadi agenda utama kerajaan menerusi pelbagai program pembangunan belia seperti latihan kemahiran, pendidikan, keusahawanan, kepimpinan dan sukan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan penubuhan Majlis TVET Negeri Sabah sebagai platform penyelarasan dan pemantauan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional bagi memenuhi keperluan industri semasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita mahu memastikan belia Sabah dilengkapi ilmu dan kemahiran yang relevan untuk menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji turut menegaskan bahawa hubungan baik dan kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan akan terus dipertahankan demi memastikan Sabah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan nasional.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, Kerajaan Negeri amat menghargai pelbagai bantuan dan inisiatif Persekutuan, termasuk dalam aspek infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan keselamatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas komitmen kerajaan dalam mempertahankan hak dan kedaulatan Sabah, termasuk kejayaan menolak tuntutan pihak luar terhadap negeri ini di peringkat antarabangsa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKejayaan Malaysia menangkis tuntutan asing terhadap Sabah membuktikan bahawa kedaulatan negeri ini tetap utuh di bawah Persekutuan Malaysia, dan ia memberikan keyakinan serta kelegaan kepada seluruh rakyat Sabah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji juga merakamkan ucapan junjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun Musa sempena ulang tahun kelahiran rasmi ke-74 dan mendoakan agar beliau serta Toh Puan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dilimpahi keberkatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan Negeri dan seluruh rakyat Sabah menjunjung kasih di atas kepimpinan dan jasa besar Tuan Yang Terutama Tun. Doa kami agar Tun terus dikurniakan usia yang panjang serta sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Majlis penuh istiadat itu turut dihadiri pemimpin tertinggi kerajaan negeri, barisan penerima darjah kebesaran, ketua-ketua jabatan serta dif jemputan.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINBALU : Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh pelaksanaan dasar pembangunan yang inklusif dan menyeluruh menerusi Hala Tuju Sabah Maju&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":30732,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-30731","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30731","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30731"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30731\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30733,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30731\/revisions\/30733"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30732"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30731"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30731"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30731"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}