{"id":30963,"date":"2025-07-03T03:52:57","date_gmt":"2025-07-03T03:52:57","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=30963"},"modified":"2025-07-03T03:52:57","modified_gmt":"2025-07-03T03:52:57","slug":"grs-gagal-lagi-mesyuarat-40-peratus-hasil-sabah-disabotaj-oleh-ketidakcekapan-sendiri-daniel-john","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/grs-gagal-lagi-mesyuarat-40-peratus-hasil-sabah-disabotaj-oleh-ketidakcekapan-sendiri-daniel-john\/","title":{"rendered":"GRS Gagal Lagi, Mesyuarat 40 Peratus Hasil Sabah Disabotaj oleh Ketidakcekapan Sendiri &#8211; Daniel John"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Sabah memerlukan kepimpinan yang berwibawa, berani serta komited memastikan tuntutan 40 peratus berjaya dikembalikan kepada rakyat Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Presiden Change Advocate Movement Sabah (CAMOS), Daniel John Jambun berkata, ini susulan pendedahan pengakuan mengejut Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Jeffrey Kitingan bahawa satu mesyuarat penting bagi menentukan tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah yang telah lama tertangguh.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, mesyuarat dijadualkan pada 30 Jun lalu telah digagalkan akibat \u2018kelemahan dalaman\u2019 berhubung surat rasmi untuk memulakan mesyuarat tersebut, dipersetujui Kabinet Negeri, tidak pernah dihantar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni bukan kesilapan pentadbiran biasa. Ini adalah kecuaian serius yang hampir menyamai sabotaj pentadbiran. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIa mencerminkan realiti lebih besar yang rakyat Sabah sudah lama sedar. Kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak mampu mempertahankan hak Sabah walaupun peluang sudah berada di depan mata,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Daniel John berkata, Jeffrey sendiri mengakui bahawa Kabinet Negeri telah bersetuju dengan tarikh tersebut namun tiada siapa yang mengambil tindakan untuk menghantar surat terbabit.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTimbul persoalan Mengapa?\u2026.Siapa dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang gagal bertindak \u2014 dan mengapa tiada siapa yang dipertanggungjawabkan?<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSabah Sudah Bersedia. Lokasi Sudah Disediakan. Tapi GRS Tidak Bersedia. Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dipilih sebagai lokasi. Ini membuktikan bahawa perancangan telah dibuat \u2014 namun tetap tiada apa yang berlaku,\u201d jelas Daniel John.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, ketidakcekapan atau Sabotaj? Apapun Jawapannya, Sabah yang menderita.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJeffrey turut memberi bayangan bahawa ini bukan sekadar kecuaian\u2014 mungkin ada unsur sabotaj dalaman.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJika benar, ini menunjukkan betapa parahnya kelemahan dan ketidaksefahaman dalam pentadbiran GRS. Sama ada mereka tidak mampu atau tidak mahu kedua-duanya tidak boleh diterima,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, tuntutan 40 peratus hasil bersih bukan sekadar angka ia adalah hak perlembagaan di bawah Perkara 112C dan 112D.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSetelah berdekad-dekad tertangguh, inilah peluang untuk maju ke hadapan dan GRS mensia-siakannya. Rakyat Sabah berhak tahu: Siapa yang menjadi penghalang kepada hak kita?<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKesimpulannya, Sabah tidak boleh boleh lagi boleh diharapkan\u2026.Ini bukan kali pertama GRS gagal mempertahankan hak perlembagaan Sabah tapi ini mungkin kegagalan paling tidak boleh dimaafkan,\u201d tambahnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, sebuah kerajaan yang tidak mampu menghantar surat untuk mempertahankan hak negeri tidak layak terus memegang kuasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKami menuntut Penjelasan penuh daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Setiausaha Kerajaan Negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPenjadualan semula mesyuarat dengan tarikh baharu yang diumumkan kepada umum. Tindakan kebertanggungjawaban terhadap individu yang menyebabkan kegagalan ini,\u201d jelas Daniel John.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Sabah memerlukan kepimpinan yang berwibawa, berani serta komited memastikan tuntutan 40 peratus berjaya dikembalikan kepada rakyat Sabah&#8230;.<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":30964,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-30963","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30963","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30963"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30963\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30965,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30963\/revisions\/30965"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30964"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30963"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30963"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30963"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}