{"id":31109,"date":"2025-07-10T04:58:49","date_gmt":"2025-07-10T04:58:49","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31109"},"modified":"2025-07-10T04:58:49","modified_gmt":"2025-07-10T04:58:49","slug":"membentuk-ekonomi-sabah-yang-moden-dan-berdaya-saing-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/membentuk-ekonomi-sabah-yang-moden-dan-berdaya-saing-hajiji\/","title":{"rendered":"Membentuk ekonomi Sabah yang moden dan berdaya saing &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">INANAM : Kerajaan Negeri komited membentuk sebuah ekonomi Sabah yang moden, berdaya saing serta inklusif menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, melalui pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), hala tuju yang<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>jelas sekali gus membentuk sebuah ekonomi yang moden, berdaya saing dan inklusif.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Katanya, ia mampu mengangkat semua lapisan masyarakat, sama ada di bandar mahupun luar bandar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIa dirangka sebagai kerangka utama yang merangkumi pelbagai pelan pembangunan sektor. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKomitmen kita terhadap masa depan Sabah terserlah dalam pelan ini, yang berpaksikan kepada tiga teras utama \u2013 pertama, Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan; kedua, Pelaburan kepada Modal Insan,\u201d katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Hajiji berkata, tiada ekonomi yang boleh berkembang tanpa keterangkuman kewangan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSistem perbankan yang kukuh, mudah diakses dan inklusif amat penting untuk membuka potensi sebenar rakyat dan perniagaan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cDi Sabah, 98 peratus perniagaan terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang merupakan nadi kepada keusahawanan tempatan dan peluang pekerjaan,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menurutnya, ramai usahawan ini masih berdepan halangan seperti akses terhad kepada pembiayaan, kekurangan kesiapsiagaan digital dan kesukaran menyesuaikan diri dengan pasaran yang sentiasa berubah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Justeru, katanya, institusi kewangan seperti AFFIN boleh membantu merapatkan jurang ini menerusi pembiayaan bersasar untuk sektor seperti pertanian dan eko-pelancongan, bimbingan dan sokongan nasihat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSelain itu, perlu ada pembiayaan khusus untuk usahawan wanita serta program literasi kewangan yang mempersiapkan rakyat Sabah, khususnya golongan belia, untuk berdepan tuntutan ekonomi masa kini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKita percaya setiap rakyat Sabah perlu diberi kuasa dan akses kepada alat serta sokongan kewangan untuk berkembang, menyimpan, membina dan menyumbang kepada ekonomi negeri,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Hajiji berkata, dengan rangkaian produk dan perkhidmatan perbankan yang komprehensif oleh AFFIN, Sabah kini sedang melangkah ke arah sebuah masyarakat yang lebih inklusif dari segi kewangan, di mana peluang dapat dinikmati semua lapisan rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Kumpulan AFFIN atas kejayaan yang diraih, antaranya tersenarai dalam Fortune Southeast Asia 500 buat tahun kedua berturut-turut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKejayaan debut dalam pasaran bon USD dengan lebihan langganan sebanyak 3.5 kali, sekali gus mencerminkan keyakinan institusi terhadap asas kukuh AFFIN dan mengesahkan kredibilitinya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cAFFIN menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini, menandakan lima dekad pertumbuhan, ketahanan dan sumbangan terhadap landskap kewangan Malaysia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSepanjang perjalanan ini, AFFIN telah menyokong keluarga, membina perniagaan dan menyumbang kepada pembangunan negara,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>INANAM : Kerajaan Negeri komited membentuk sebuah ekonomi Sabah yang moden, berdaya saing serta inklusif menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31110,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-31109","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31109","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31109"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31109\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31111,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31109\/revisions\/31111"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31110"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31109"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31109"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31109"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}