{"id":31158,"date":"2025-07-12T11:21:04","date_gmt":"2025-07-12T11:21:04","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31158"},"modified":"2025-07-12T11:21:04","modified_gmt":"2025-07-12T11:21:04","slug":"sabah-berwajah-baharu-jika-grs-diberi-mandat-semula-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-berwajah-baharu-jika-grs-diberi-mandat-semula-hajiji\/","title":{"rendered":"Sabah berwajah baharu jika GRS diberi mandat semula &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PENAMPANG : Sabah mampu berubah wajah menjadi sebuah negeri yang lebih maju, makmur, aman dan sentosa jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 akan datang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, selama hampir lima tahun memimpin Kerajaan Negeri, pelbagai pencapaian penting telah dicapai, termasuk pemulihan ekonomi negeri dan peningkatan pelaburan serta hasil kerajaan negeri secara signifikan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKetika kita mengambil alih pentadbiran negeri pada September 2020, Sabah berdepan situasi ekonomi paling buruk dalam sejarah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cNamun, dengan perancangan teliti dan pelaksanaan Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ 1.0), kita bukan sahaja berjaya memulihkannya, malah melonjakkan prestasi ekonomi negeri ke tahap yang amat membanggakan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut Hajiji, antara pencapaian utama kerajaan GRS termasuk Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah pada 2024 meningkat kepada RM84.3 bilion, berbanding RM83.2 bilion pada 2023.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKutipan hasil negeri selama tiga tahun berturut-turut iaitu 2022, 2023 dan 2024 hampir mencecah RM7 bilion, berbanding hanya RM3.59 bilion pada 2020. Rizab Kerajaan Negeri kini telah mencecah RM8.6 bilion.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPelaburan domestik dan asing yang berjaya dibawa masuk ke Sabah sejak 2021 pula berjumlah RM35.38 bilion.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSemua ini adalah petunjuk ekonomi yang sihat dan bukti keupayaan serta kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan GRS. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTiada siapa yang boleh menafikannya. Hanya pembangkang sahaja yang memilih untuk menutup mata dan menafikan fakta-fakta ini,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut Hajiji, GRS bukan sahaja berupaya menjana kemajuan ekonomi, tetapi turut komited dalam menyempurnakan pembangunan infrastruktur asas, membasmi kemiskinan tegar dan mensejahterakan kehidupan rakyat seluruhnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cInsya-Allah, jika GRS terus diberi mandat dalam pilihan raya akan datang, kita akan pastikan semua rancangan pembangunan yang telah dirangka dapat dilaksanakan sepenuhnya \u2013 daripada bandar hingga ke pedalaman,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut menekankan bahawa dasar Hala Tuju SMJ bukan sekadar dokumen, tetapi satu pelan strategik jangka panjang yang menyeluruh merangkumi pembangunan sumber manusia, pengurusan hasil bumi dan kecekapan pentadbiran.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDengan iltizam politik yang kuat, ditambah dengan iklim ekonomi yang semakin baik serta kestabilan politik yang kita sama-sama perjuangkan sejak 2020, saya yakin Sabah akan melangkah jauh ke hadapan sebagai negeri yang maju, aman dan makmur,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji juga mengingatkan seluruh pimpinan dan ahli GRS supaya terus mempertahankan perjuangan gabungan itu dalam menghadapi cabaran masa depan, tohmahan pembangkang serta gerakan terselindung yang bertujuan melemahkan kekuatan politik GRS.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, kejayaan pentadbiran GRS menyebabkan pihak pembangkang tidak senang dan berterusan melakukan serangan politik bersifat destruktif, termasuk penyebaran dakyah palsu, penipuan dan fitnah terhadap kerajaan serta pemimpin-pemimpinnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMereka tidak akan berhenti. Mereka cemburu dan irihati terhadap kejayaan yang kita capai. Mereka mahu melihat kita gagal, lemah dan jatuh.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJusteru, saya ingatkan, rumah kita, kita jaga. GRS ini rumah kita, tempat kita berlindung dan mengatur perjuangan. Kalau bukan kita sendiri yang menjaganya, siapa lagi yang boleh kita harapkan?\u201d katanya .<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, beliau menyifatkan Konvensyen PBS-STAR 2025 sebagai satu detik bersejarah yang memperkukuh muafakat politik tempatan, sekali gus memberi isyarat jelas bahawa GRS bersedia menghadapi PRN Ke-17 dengan barisan kepimpinan yang teguh, bersatu dan berwibawa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, kerjasama erat antara dua parti tempatan \u2013 Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) \u2013 adalah lambang kematangan politik yang meletakkan kepentingan rakyat dan negeri Sabah mengatasi perbezaan fahaman.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKonvensyen ini bukan sahaja memperlihatkan semangat penyatuan dalam kalangan parti tempatan yang punya sejarah dan prinsip tersendiri, malah membuktikan bahawa GRS mampu melangkah lebih jauh sebagai gabungan politik yang benar-benar mewakili aspirasi rakyat Sabah,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG : Sabah mampu berubah wajah menjadi sebuah negeri yang lebih maju, makmur, aman dan sentosa jika Gabungan Rakyat Sabah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31159,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-31158","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31158","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31158"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31158\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31160,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31158\/revisions\/31160"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31159"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31158"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31158"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31158"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}