{"id":31180,"date":"2025-07-13T06:48:50","date_gmt":"2025-07-13T06:48:50","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31180"},"modified":"2025-07-13T06:50:53","modified_gmt":"2025-07-13T06:50:53","slug":"prn-sabah-grs-makin-kukuh-prn-17-referendum-rakyat-sabah-aksyah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/prn-sabah-grs-makin-kukuh-prn-17-referendum-rakyat-sabah-aksyah\/","title":{"rendered":"PRN Sabah: GRS makin kukuh, PRN-17 referendum rakyat Sabah \u2013 Aksyah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Aksyah Nasrah menyifatkan Konvensyen Perpaduan PBS-STAR 2025 sebagai manifestasi jelas bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semakin kukuh dan bersedia menjadi tonggak utama pentadbiran negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, ucapan penggulungan kedua-dua pemimpin parti komponen GRS dalam konvensyen itu membuktikan keikhlasan dan kesepaduan ahli-ahli mereka dalam memperkukuhkan GRS menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya mengikuti majlis perasmian penutupan konvensyen berkenaan dan dapat melihat sendiri semangat serta solidariti tinggi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PBS dan STAR,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Aksyah turut menyifatkan kehadiran tokoh veteran, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selaku Penasihat Perdana PBS dan Huguan Siou telah menghangatkan lagi suasana dan menyuntik semangat penyatuan dalam kalangan peserta.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengulas ucapan Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, beliau berkata laungan &#8220;SOLO&#8221; yang bergema setiap kali istilah \u201cparti tempatan\u201d disebut jelas memberi gambaran betapa kuatnya kesepaduan komponen GRS ketika ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKenyataan Hajiji dan respons spontan hadirin menggambarkan kesiapsiagaan jentera GRS. Secara mental dan fizikal, mereka sudah bersedia. Hanya menunggu semboyan dibunyikan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, Aksyah mengecam kenyataan beberapa pemimpin pembangkang dari UMNO dan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba menjatuhkan imej GRS dengan tuduhan melulu seperti \u2018pengkhianat\u2019.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni adalah corak politik seberang yang cuba disuntik ke dalam politik matang Sabah. Mereka semakin terdesak. Namun biarlah mereka terus melabel, kerana kata-kata itu hanya mencerminkan personaliti mereka sendiri,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Aksyah berkata, yang lebih utama adalah GRS kekal fokus memperkukuh gerak kerja dan kesatuan dalaman demi memenuhi aspirasi rakyat Sabah yang mahukan pentadbiran oleh gabungan parti tempatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cGRS masih muda, tetapi jika kita rujuk rekod rasmi kerajaan, pelbagai kejayaan sudah dicapai dalam tempoh singkat ini. Malangnya semua itu dinafikan pembangkang kerana mereka sudah terkena Sindrom Penafian,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut memetik kenyataan Hajiji bahawa kerajaan GRS mewarisi Sabah dalam keadaan tenat, namun berjaya memulihkannya berkat keikhlasan, muafakat dan iltizam politik yang kukuh.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya lagi, kehadiran para perwakilan dan kehangatan semangat yang ditunjukkan dalam konvensyen berkenaan harus menjadi contoh kepada semua parti komponen GRS.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPRN-17 adalah referendum rakyat Sabah. Kini masa untuk rakyat bersatu, bersolidariti dan memberikan mandat sepenuhnya kepada GRS demi memastikan negeri ini terus maju dan sejahtera,\u201d tegasnya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Aksyah Nasrah menyifatkan Konvensyen Perpaduan PBS-STAR 2025 sebagai manifestasi jelas&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31182,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-31180","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31180","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31180"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31180\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31183,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31180\/revisions\/31183"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31182"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31180"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31180"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31180"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}