{"id":31187,"date":"2025-07-14T00:37:33","date_gmt":"2025-07-14T00:37:33","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31187"},"modified":"2025-07-14T00:38:23","modified_gmt":"2025-07-14T00:38:23","slug":"grs-hormat-keputusan-pn-fokus-kekal-pada-sokongan-rakyat-armizan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/grs-hormat-keputusan-pn-fokus-kekal-pada-sokongan-rakyat-armizan\/","title":{"rendered":"GRS hormat keputusan PN, fokus kekal pada sokongan rakyat \u2013 Armizan"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghormati pendirian Perikatan Nasional (PN) untuk tidak menjalin kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kenyataan Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penolakan kerjasama itu seharusnya dilihat secara positif dan memudahkan hala tuju GRS dalam usaha terus memperjuangkan sokongan rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Katanya, pada peribadinya kenyataan PN menolak kerjasama dengan GRS dilihat dilihat sebagai isyarat yang sabgat jelas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cPertama, tanpa kita perlu jelaskan, beliau secara langsung memaparkan hakikat bahawa tidak pernah ada cadangan kerjasama di antara kedua-dua pihak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKedua, ini memudahkan kerja kita kerana, GRS tidak perlu membuat kenyataan menolak kerjasama dengan pihak-pihak tertentu, nanti kita nampak angkuh dan sombong. Biar orang lain bercakap, dan kita alu-alukan,\u201d katanya dalam kenyataan media hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Armizan berkata, pendirian terbuka PN itu secara tidak langsung menyusul langkah serupa oleh Barisan Nasional (BN) Sabah yang turut menyatakan hasrat tidak bekerjasama dengan GRS.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSetakat ini urusan kita lebih mudah, tanpa kita minta, BN Sabah dan terkini PN telah menyatakan pendirian menolak GRS.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cYang penting kita jalan terus, yang penting adalah ikhtiar mendapatkan sokongan rakyat, bukannya mana-mana blok gabungan lain,\u201d jelas aarmizan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menururnya, beliau tidak berhasrat untuk menyerang secara peribadi mana-mana tokoh politik, termasuk Muhyiddin yang disifatkan sebagai bekas Perdana Menteri yang amat dihormati.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cNamun, saya fikir kita perlu melihat nilai dan makna di setiap apa yang berlaku. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKita dapat dengar dalam ucapan mereka menyebut kita angkat Hajiji menjadi wakil rakyat, kita pilih Hajiji menjadi Ketua Menteri. Ke depan, inilah yang perlu kita rintis, perubahan dalam politik Sabah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau turut menyentuh soal realiti politik yang dihadapi pemimpin-pemimpin Sabah apabila berada dalam parti nasional yang berpusat di Semenanjung Malaysia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cBerada dalam gabungan dan parti nasional, pasti akan ada sentimen sebegitu. Ini kerana, untuk menjadi calon pilihan raya, pilihan dan watikah akan dikeluarkan oleh pimpinan dari Semenanjung Malaysia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cCalon Ketua Menteri pula adalah daripada ketua pimpinan di negeri, yang dilantik oleh juga pimpinan dari Semenanjung Malaysia. Maka, siapa juga dipilih akan dituntut untuk setia dan patuh kepada pimpinan utama parti di sana,\u201d jelas beliau.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Sebaliknya, menurut Armizan, GRS yang terdiri daripada parti-parti tempatan mempunyai autonomi penuh dalam membuat keputusan politik termasuk pemilihan calon dan pelantikan Ketua Menteri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cBerbeza dengan parti lokal, calon-calon diputuskan dan watikah dikeluarkan oleh ketua parti lokal sendiri, dan Ketua Menteri adalah kalangan ketua parti-parti lokal yang dipilih oleh orang kita di Sabah sendiri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKe depan, sudah tiba masa kita hantar isyarat bahawa \u2018the master is not there, the master is here, the ultimate master is the rakyat of Sabah\u2019. Kenapa saya guna perkataan \u2018master\u2019? nanti kita cerita kemudian,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghormati pendirian Perikatan Nasional (PN) untuk tidak menjalin kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31188,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-31187","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31187","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31187"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31187\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31189,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31187\/revisions\/31189"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31188"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31187"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31187"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31187"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}