{"id":31215,"date":"2025-07-15T10:20:43","date_gmt":"2025-07-15T10:20:43","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31215"},"modified":"2025-07-15T10:40:11","modified_gmt":"2025-07-15T10:40:11","slug":"prn-sabah-grs-dijangka-bertembung-pada-umno-bn-prn-17-masiung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/prn-sabah-grs-dijangka-bertembung-pada-umno-bn-prn-17-masiung\/","title":{"rendered":"PRN Sabah: GRS &#8211; UMNO\/BN dijangka bertembung pada PRN-17 \u2013 Masiung"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">SANDAKAN: Pertembungan antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan UMNO-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) dijangka tidak dapat dielakkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, keadaan itu mungkin akan berlaku, meskipun belum ada keputusan rasmi sama ada GRS akan bergerak solo atau menjalin kerjasama dengan parti nasional.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, soal kerjasama politik adalah hak mutlak pucuk pimpinan parti dan tidak wajar diputuskan secara sendiri oleh mana-mana pihak di peringkat akar umbi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSama ada GRS akan bergabung dengan parti nasional atau sebaliknya, biarlah ia ditentukan oleh pucuk pimpinan. Pemimpin bahagian tidak sepatutnya membuat andaian atau kenyataan yang boleh mengelirukan jentera dan penyokong.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cNamun yang pasti, pertembungan dengan UMNO dan BN pada PRN-17 ini sukar dielak,\u201d katanya di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Masiung merupakan Pengerusi Penyelaras Zon 10 berkata, lawatan ini meninjau persiapan jentera parti di peringkat kawasan menjelang PRN-17 selain memberi semangat kepada kepimpinan di bahagian Sukau.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, walaupun Gagasan Rakyat dijangka bertanding dalam kedudukan \u2018underdog\u2019 di kawasan itu, namun beliau percaya dengan persiapan rapi dan kesungguhan jentera, keputusan luar jangka mampu dicapai.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya yakin jentera Gagasan Rakyat di Sukau boleh membuat kejutan. Tapi saya ingatkan supaya jangan terlalu bergantung pada laporan atas kertas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPemimpin kanan perlu turun padang, lihat sendiri gerak kerja jentera dan menilai kekuatan sebenar di lapangan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengulas lanjut, Masiung turut menasihati semua sayap parti termasuk Pemuda, Wanita dan Beliawanis agar memainkan peranan aktif dalam menangkis tohmahan serta fitnah pembangkang yang semakin rancak menjelang PRN.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, meskipun pembangkang terus memainkan naratif \u2018kerajaan gagal\u2019, namun pencapaian yang direkodkan kerajaan GRS di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor membuktikan sebaliknya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cHasil negeri mencatat peningkatan ketara setiap tahun dan sehingga kini berjaya mencapai hampir RM10 bilion. Ini satu pencapaian bersejarah yang tidak pernah dicapai kerajaan terdahulu termasuk BN dan Warisan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cRakyat boleh menilai sendiri pencapaian GRS dalam tempoh singkat ini yang jauh lebih baik berbanding pencapaian kerajaan sebelum ini,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Masiung yang juga ADUN Kuamut berkata, peningkatan kutipan hasil itu adalah bukti dasar GRS yang berorientasikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat, bukan sekadar retorik politik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, PRN-17 adalah medan penting untuk rakyat Sabah menentukan hala tuju masa depan negeri ini, sama ada mahu terus bersama pentadbiran yang stabil dan progresif atau kembali kepada politik lama yang sarat dengan kepentingan kelompok tertentu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJangan beri peluang kepada mereka yang pernah gagal mentadbir. Jentera Gagasan Rakyat perlu kekal fokus, berdisiplin dan bersatu demi memastikan kemenangan GRS terus dipertahankan,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Pertembungan antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan UMNO-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) dijangka tidak dapat&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31216,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-31215","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31215","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31215"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31215\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31223,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31215\/revisions\/31223"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31216"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31215"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31215"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31215"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}