{"id":31235,"date":"2025-07-16T22:27:05","date_gmt":"2025-07-16T22:27:05","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31235"},"modified":"2025-07-16T22:27:05","modified_gmt":"2025-07-16T22:27:05","slug":"sabah-belanja-hampir-rm1-bilion-pendidikan-bermula-2021-hingga-2024-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-belanja-hampir-rm1-bilion-pendidikan-bermula-2021-hingga-2024-hajiji\/","title":{"rendered":"Sabah belanja hampir RM1 bilion  pendidikan bermula 2021 hingga 2024 &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM848.26 juta bagi pelbagai bentuk bantuan pendidikan dari tahun 2021 hingga 2024.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata berkata, komitmen <\/span><span class=\"s2\">Kerajaan Negeri terhadap pembangunan modal insan sangat jelas, kerana setiap anak Sabah berhak mendapat pendidikan yang berkualiti dan saksama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cOleh itu, Kerajaan Negeri sentiasa memberi penekanan serius terhadap pembangunan modal insan di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Hajiji berkata, sepanjang lima tahun lalu, sebanyak 14 inisiatif baharu telah diperkenalkan melibatkan peruntukan berjumlah RM164.14 juta yang memberi manfaat kepada 210,918 pelajar di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cAntara inisiatif tersebut termasuk Bantuan Tunai Pendaftaran IPT atau BUDI, program Graduan Rindu Sabah (GRS \u2013 SUBFLY) dan sumbangan kepada pelajar pengajian tinggi dalam negara (SENTOSA).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKesemua inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam membina sistem pendidikan yang inklusif, progresif dan mampan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Sementara itu, Ketua Menteri berkata, dalam era transformasi digital dan pendidikan abad ke-21 ini, peranan guru besar sangat penting dan mereka perlu bersedia menghadapi cabaran sambil berinovasi dalam pendekatan mereka.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIni selaras dengan peranan guru besar sebagai tonggak dalam sistem pendidikan dan kepimpinan sekolah. Kualiti sesebuah sekolah sangat bergantung kepada keberkesanan kepimpinan guru besarnya dalam aspek pentadbiran, membimbing para pendidik dan melaksanakan reformasi pendidikan yang sejajar dengan aspirasi negara,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Hajiji berkata, konvensyen ini merupakan platform penting untuk semua pihak berkongsi pengalaman, idea dan strategi bagi memacu kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cPeranan guru besar amat penting dalam membentuk generasi masa depan. Saya percaya menerusi perkongsian ilmu dan pengalaman dalam konvensyen ini, kita dapat memperkukuh lagi kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cMarilah kita bekerjasama untuk melahirkan insan yang cemerlang, terbilang dan unggul,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau turut menghargai peranan Persatuan Guru Besar Malaysia sebagai sebuah badan yang aktif memperjuangkan profesionalisme kepimpinan sekolah rendah di seluruh negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSemoga konvensyen ini menghasilkan impak cemerlang kepada semua guru besar dalam memastikan pelajar terus diperkasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cOleh itu, marilah kita bersama-sama memartabatkan profesion perguruan, memperkukuh peranan guru besar dan meneruskan usaha memperkasa generasi muda negara kita,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM848.26 juta bagi pelbagai bentuk bantuan pendidikan dari tahun 2021 hingga 2024. Ketua&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":27985,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-31235","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31235","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31235"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31235\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31236,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31235\/revisions\/31236"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27985"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31235"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31235"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31235"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}