{"id":31372,"date":"2025-07-24T21:29:46","date_gmt":"2025-07-24T21:29:46","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31372"},"modified":"2025-07-24T21:51:13","modified_gmt":"2025-07-24T21:51:13","slug":"18-kampung-di-dun-merotai-nikmati-pemasangan-lampu-solar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/18-kampung-di-dun-merotai-nikmati-pemasangan-lampu-solar\/","title":{"rendered":"18 kampung di DUN Merotai nikmati pemasangan lampu solar"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">TAWAU : Sebanyak 18 kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai menikmati kemudahan pemasangan \u2018Lampu Solar\u2019 sebagai usaha meningkatkan tahap keselamatan serta kesejahteraan penduduk di kawasan berkenaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan Sri Liew Yun Fah berkata, pemasangan<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>ini secara tidak langsung dapat memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta pejalan kaki di kawasan tidak mempunyai kemudahan lampu jalan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, sehingga kini lebih 300 lampu solar dipasang membabitkan 18 kampung dilakukan secara berperingkat-peringkat sejak mula dilaksanakan dua tahun lalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita melihat sebelum ini laluan jalan masuk ke kawasan kampung serta lorong sangat gelap khususnya pada waktu malam, ini boleh membahayakan keselamatan penduduk.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJadi, kita mengambil inisiatif untuk memasang lampu solar untuk membantu memberikan kawasan ini terang serta memudahkan penduduk kampung dalam menjalankan urusan mereka terutama pada waktu malam,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Liew berkata, lampu solar dipilih kerana ia menjimatkan kos, tidak memerlukan penyambungan bekalan elektrik serta boleh berfungsi sekiranya tiada bekalan elektrik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKebanyakan kawasan kampung di DUN Merotai ini tidak mempunyai kemudahan lampu jalan. Ketiadaan lampu jalan dilihat boleh menimbulkan kebimbangan penduduk terutama ketika hujan atau waktu lewat malam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita akan mengenal pasti beberapa lokasi lain di kawasan DUN Merotai yang memerlukan lampu solar dan akan mempertimbangkan pemasangan fasa seterusnya bergantung kepada keperluan serta maklum balas penduduk,\u201d jelas Liew.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, antara kampung menerima pemasangan lampu ini termasuklah Kuala Merotai; Kampung Iban Baharu dan Lama; Sungai Udin; Kampung Langsat; Kampung Jagung; Kampung Kijang; Kampung Pengkalan Asli; Kampung Tanah Merah; Kampung Simpang Tiga; Kampung Mangaris serta Kampung Kelapa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Selain itu, Kampung Melati Burut; Kampung Hulu Haji Matahir; Kampung Haji Matahir; Kampung Beruang; Kampung Sungai Imam; Kampung Seri Bombalai dan Kampung Sungai Imam Bombalai Laut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni adalah usaha berterusan serta sebagai satu tanggungjawab sosial kepada penduduk kampung di DUN Merotai. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita berharap agar inisiatif ini dapat meningkatkan keyakinan penduduk kampung serta semua pengguna jalan khususnya di DUN Merotai,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Liew mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk ahli Parti Harapan Rakyat yang menguruskan pemasangan ini secara bergotong-royong.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU : Sebanyak 18 kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai menikmati kemudahan pemasangan \u2018Lampu Solar\u2019 sebagai usaha meningkatkan tahap&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31377,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-31372","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31372","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31372"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31372\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31374,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31372\/revisions\/31374"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31377"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31372"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31372"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31372"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}