{"id":3138,"date":"2021-07-16T12:26:30","date_gmt":"2021-07-16T12:26:30","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=3138"},"modified":"2021-07-16T12:26:30","modified_gmt":"2021-07-16T12:26:30","slug":"sabah-tambah-baik-strategi-untuk-percepat-proses-vaksinasi-dr-rose-nani","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-tambah-baik-strategi-untuk-percepat-proses-vaksinasi-dr-rose-nani\/","title":{"rendered":"Sabah tambah baik strategi untuk percepat proses vaksinasi &#8211; Dr Rose Nani"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan menambah baik proses vaksinasi COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri\u00a0dalam usaha meningkatkan jumlah penerima vaksin harian.<\/p>\n<p>Pengarah JKNS Dr Rose Nani Mudin berkata antara strategi yang akan dilaksanakan ialah\u00a0mempercepatkan\u00a0tempoh\u00a0pemeriksaan kesihatan\u00a0bagi melancarkan lagi proses vaksinasi, supaya\u00a0lebih ramai dapat menerima\u00a0suntikan setiap hari.<\/p>\n<p>\u201cKebanyakan yang hadir adalah responden sihat. Konsultasi kesihatan dengan doktor masih dibuat selepas pendaftaran, namun, pemeriksaan klinikal secara teliti\u00a0hanya dibuat pada responden yang mengadu pening kepala atau tidak sihat sahaja,\u201d katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama dan RTM di sini baru-baru ini.<\/p>\n<p><a class=\"banner_photo_560078341150\" data-url=\"https:\/\/psp.penang.my\/\" data-photoid=\"567\" data-name=\"300x250BM_am.jpg\">Beliau, yang memulakan tugas sebagai Pengarah JKNS Selasa lepas (13 Julai), berkata penambahbaikan itu dilihat mampu menggandakan jumlah pemberian vaksin sehingga dua kali ganda, selain memastikan sasaran 40 peratus kadar vaksinasi yang ditetapkan\u00a0Pelan Pemulihan Negara direalisasikan secepat mungkin.<\/a><\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSabah juga tidak mahu ketinggalan dalam konteks ini kerana misi dan visi kita untuk memvaksinasi semua penduduk secepat dan seramai mungkin,\u201d katanya.<\/p>\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement rendered enable_sticky\">\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Bagi kawasan pedalaman, Dr Rose Nani berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Sabah\u00a0telah menetapkan beberapa strategi termasuk memperkenalkan pemberian vaksin satu dos seperti CanSino.<\/p>\n<p>Beliau\u00a0berkata pihaknya sedang menunggu bekalan vaksin berkenaan untuk diberikan kepada penduduk pedalaman, namun buat masa ini, proses pemberian vaksin di kawasan berkenaan masih diteruskan seperti biasa.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Sementara itu, Dr Rose Nani, yang\u00a0terlibat secara langsung dalam program vaksinasi di peringkat kebangsaan sebelum ini, akan memanfaatkan\u00a0pengalamannya untuk meningkatkan kadar serta keupayaan pemberian vaksin kepada penduduk Sabah.<\/p>\n<p>Antaranya beliau berperanan\u00a0dalam pembukaan PPV mega di Kuala Lumpur seperti\u00a0di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, selain\u00a0pembukaan PPV mega di Selangor seperti\u00a0Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines, Serdang dan Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.<\/p>\n<\/div>\n<p>\u201cSaya fikir kaedah yang digunakan di PPV terbabit boleh digunakan di Sabah supaya lebih ramai rakyat dapat divaksin,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau\u00a0mengingatkan\u00a0rakyat Sabah untuk\u00a0terus mengamalkan norma baharu seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan\u00a0kerap membasuh tangan\u00a0sehingga negeri itu berjaya memvaksinasi\u00a080 peratus penduduknya, agar\u00a0kadar jangkitan dan\u00a0kluster baharu ketika ini dapat dikurangkan.<\/p>\n<p>Dr Rose Nani, sebelum ini menggalas jawatan\u00a0Timbalan Pengarah (Penyakit Berjangkit) Bahagian Kawalan Penyakit, dilantik sebagai\u00a0Pengarah Kesihatan Sabah bagi menggantikan Datuk Dr Christina Rundi yang ditukarkan ke Bahagian\u00a0Pembangunan Kesihatan Keluarga.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan menambah baik proses vaksinasi COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":3139,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-3138","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3138","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3138"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3138\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3140,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3138\/revisions\/3140"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3139"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3138"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3138"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3138"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}