{"id":31398,"date":"2025-07-25T23:26:40","date_gmt":"2025-07-25T23:26:40","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31398"},"modified":"2025-07-25T23:28:16","modified_gmt":"2025-07-25T23:28:16","slug":"sabah-terpilih-sebagai-destinasi-pelayaran-baharu-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-terpilih-sebagai-destinasi-pelayaran-baharu-hajiji\/","title":{"rendered":"Sabah terpilih sebagai destinasi pelayaran baharu &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">TUARAN : Kehadiran lebih 100 pelayar dan 29 kapal layar dari 16 negara sempena Dalit Bay Nautica ini adalah bukti bahawa Sabah sedang dilihat dan dihargai oleh dunia untuk destinasi pelayaran.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, beliau berharap pelancongan nautika seperti ini akan menjadi salah satu daya tarikan atau aktiviti pelancongan utama dalam masa terdekat di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Katanya, Sabah menawarkan pelbagai pengalaman berlayar dan sebenarnya terdapat potensi untuk menjadi destinasi pelayaran memandangkan kita mempunyai pantai yang menarik dan bersih.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSaya yakin pelancongan nautika atau aktiviti rekreasi pelayaran juga akan berpotensi membawa pengunjung ke Sabah sekali gus mampu menjana limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cJusteru, kita perlu memanfaatkan prospek aktiviti pelayaran itu memandangkan lokasi negeri ini yang mempunyai kelebihan dan banyak laluan air,\u201d katanya di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Teks ucapannya disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Hajiji brkata, kawasan Pantai Dalit memiliki pantai yang memukau, kepelbagaian budaya yang ada serta lokasi strategik berhadapan Laut China Selatan, kawasan ini memiliki potensi besar sebagai destinasi pelancongan kelas dunia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Hajiji berkata, acara ini juga sudah pasti akan membantu meningkatkan pelancongan, mempromosikan warisan budaya dan merangsang aktiviti ekonomi di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIni sudah pasti akan meletakkan Sabah pada peta pantai global dan menjadi satu petanda yang baik dalam meningkatkan sektor pelancongan di negeri ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSudah pasti acara ini akan membantu mempelbagaikan lagi tarikan pelancongan sekali gus dapat membantu kita mencapai sasaran 3.5 juta pelancong ke Sabah pada tahun ini,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menurutnya, sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia, Sabah mempunyai segala-galanya untuk ditawarkan dari lautan yang dalam hingga ke gunung yang tinggi. Ini menjadikan Sabah adalah di antara destinasi pelancongan bertaraf dunia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKeindahan dan kekayaan flora serta fauna dan keajaiban alam semula jadi seperti lautan serta kepulauannya dan gunung-ganang serta hutan simpannya adalah khazanah alam yang dinikmati dan dikagumi ramai,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TUARAN : Kehadiran lebih 100 pelayar dan 29 kapal layar dari 16 negara sempena Dalit Bay Nautica ini adalah bukti&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31399,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":["post-31398","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31398","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31398"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31398\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31401,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31398\/revisions\/31401"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31399"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31398"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31398"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31398"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}