{"id":3141,"date":"2021-07-17T02:04:08","date_gmt":"2021-07-17T02:04:08","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=3141"},"modified":"2021-07-17T02:04:08","modified_gmt":"2021-07-17T02:04:08","slug":"pemberhentian-vaksin-sinovac-tiada-kaitan-soal-keberkesanan-khairy","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pemberhentian-vaksin-sinovac-tiada-kaitan-soal-keberkesanan-khairy\/","title":{"rendered":"Pemberhentian vaksin Sinovac tiada kaitan soal keberkesanan &#8211; Khairy"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>PUTRAJAYA: Pemberhentian pemberian vaksin Sinovac dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah kerana pembekalannya telah selesai dan tiada kaitan dengan soal keberkesanannya, kata\u00a0Menteri Penyelaras PICK\u00a0Khairy Jamaluddin.<\/p>\n<p>Beliau berkata Pharmaniaga Bhd telah selesai membekalkan 12 juta dos vaksin keluaran China itu lebih awal daripada jadual asal kepada kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cKami akan\u00a0menerima keseluruhan penghantaran\u00a0(vaksin Sinovac)\u00a0pada hujung\u00a0bulan ini,\u201d kata Khairy yang menolak spekulasi pemberhentian vaksin Sinovac dalam PICK berkaitan dengan soal keberkesanannya.<\/p>\n<p><a class=\"banner_photo_921386933150\" data-url=\"https:\/\/psp.penang.my\/\" data-photoid=\"567\" data-name=\"300x250BM_am.jpg\">Pharmaniaga dalam kenyataan medianya memaklumkan proses pembekalan vaksin Sinovac untuk PICK telah selesai dengan\u00a0kelompok dos terakhir akan dibekalkan pada 21 Julai ini. Kontrak Pharmaniaga adalah membekalkan sebanyak 12 juta dos vaksin Sinovac secara pengisian dan pembotolan dalam tempoh tujuh\u00a0bulan iaitu antara Mei dan November 2021.<br \/>\n<\/a><\/p>\n<p>Khairy dalam sidang media perkembangan PICK secara maya bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini berkata\u00a0kerajaan memutuskan untuk menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech\u00a0bagi PICK mulai bulan depan manakala stok simpanan Sinovac hanya dikhususkan untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap vaksin lain.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cUntuk tujuan itu, kerajaan telah\u00a0menempah tiga\u00a0juta dos vaksin Sinovac untuk dijadikan stok simpanan. Tempahan ini akan diterima akhir Julai\u00a0atau awal Ogos\u00a0ini,\u201d\u00a0katanya.<\/p>\n<p>Sehingga kini, negara telah menerima 6.66\u00a0juta bekalan vaksin\u00a0jenis Pfizer-BioNTech termasuk kira-kira satu\u00a0juta dos yang disumbangkan oleh kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Mengenai laporan media antarabangsa berhubung sekatan eksport vaksin AstraZeneca yang dikilangkan di Thailand, Khairy berkata beliau akan mengadakan perbincangan secara dua hala dengan negara jiran itu bagi memastikan tiada gangguan bekalan vaksin berkenaan\u00a0ke Malaysia.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, katanya, negara telah bersiap sedia dengan pelan alternatif sekiranya kerajaan Thailand menyekat eksport bekalan vaksin AstraZeneca keluaran negara Gajah Putih itu.<\/p>\n<\/div>\n<p>Kami mempunyai pelan B iaitu meningkatkan pembelian vaksin Sinovac kerana kita sudah mempunyai fasiliti secara pengilangan\u00a0di Malaysia (Pharmaniaga). Jadi Pharmaniaga tahu jika ada sebarang keperluan mendesak, kita akan memaklumkan kepada\u00a0mereka untuk membekalkan\u00a0kepada kerajaan Persekutuan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Pemberhentian pemberian vaksin Sinovac dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah kerana pembekalannya telah selesai dan tiada kaitan dengan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":2148,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-3141","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3141","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3141"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3141\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3142,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3141\/revisions\/3142"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2148"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3141"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3141"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3141"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}