{"id":31430,"date":"2025-07-27T07:48:21","date_gmt":"2025-07-27T07:48:21","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31430"},"modified":"2025-07-27T07:49:52","modified_gmt":"2025-07-27T07:49:52","slug":"prn-sabah-kerjasama-ph-kekal-grs-mengetuai-kerajaan-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/prn-sabah-kerjasama-ph-kekal-grs-mengetuai-kerajaan-hajiji\/","title":{"rendered":"PRN Sabah: Kerjasama PH kekal, GRS mengetuai kerajaan &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) &#8211; Pakatan Harapan (PH) yang terbentuk selepas kegagalan cubaan menjatuhkan kerajaan negeri pada Januari 2023 akan dikekalkan sebagai satu kerjasama yang tulen.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Penglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi GRS berkata, perkara itu sejajar sokongan kuat PH Sabah ketika GRS berdepan dugaan peristiwa yang disebut sebagai Langkah Kinabalu itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, sejak itu kerjasama GRS-PH berjaya membawa kestabilan dan kemajuan di Sabah yang wajar dikekalkan berdasarkan kebaikan yang dibawa menerusi kerjasama berkenaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Dalam peristiwa Langkah Kinabalu yang berlaku pada Januari 2023, GRS yang mendapat sokongan padu daripada Pakatan Harapan ketika itu, dapat meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri hingga ke hari ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Semenjak itu, kerjasama padu GRS-PH yang terbukti membawa kestabilan dan kemajuan kepada negeri Sabah, akan terus kita kekalkan sebagai sebuah kerjasama yang tulen dan yang diyakini mampu membawa banyak kebaikan dan manfaat kepada negeri Sabah,\u201d katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, beliau mengucapkan jutaan terima kasih diucapkan kepada pemimpin PH Sabah daripada GRS.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam ucapan dasar itu, Hajiji turut menyebut mengenai kepentingan GRS sebagai gabungan parti tempatan yang kukuh dalam usaha memenuhi aspirasi rakyat Sabah yang mahu melihat parti tempatan menguasai politik negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Sesungguhnya, kekuatan kita dalam GRS menjadi salah satu pra-syarat yang boleh membawa kepada kemenangan dan kejayaan besar parti kita ini dalam menghadapi pilihan raya nanti. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Lebih daripada itu, kesatuan dan kekuatan GRS juga adalah jaminan kepada &#8216;local based party&#8217; ini untuk terus mengepalai dan menguasai Kerajaan Negeri, seperti mana hakikatnya pada hari ini, dan insyaAllah, untuk beberapa dekad mendatang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;GRS yang terbina atas manifestasi aspirasi akar umbi akan terus menyemarakkan politik akomodasi yang matang dan inklusif dengan meraikan kepelbagaian, menjunjung nilai muafakat serta mengutamakan kestabilan dan kemajuan negeri,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata, beliau bersyukur dan gembira kerana kerjasama serta perpaduan dalam GRS berlangsung dengan amat baik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, ketika Konvensyen PBS-STAR baru-baru ini, beliau dapat melihat dan merasai semangat ahli kedua-dua parti itu untuk memastikan Sabah terus diterajui oleh parti tempatan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;PBS dan STAR, kedua-duanya mempunyai kekuatan dan pengaruh masing-masing, adalah antara penyumbang kepada asas kekuatan dan keteguhan rumah besar kita, GRS. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa PBS dan STAR bukan saja sebagai sumber kekuatan GRS, tetapi mereka juga adalah rakan seperjuangan yang sentiasa berada di sisi memberikan sokongan, pandangan dan nasihat, sesuai dengan peranan dan fungsi mereka sebagai anggota dalam pentadbiran Kerajaan GRS-PH,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau juga menyebut perkara yang sama terhadap parti komponen GRS yang lain iaitu Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Tegasnya, semua parti komponen GRS mempunyai peranan masing-masing dalam menyatupadu dan memperkukuh GRS sebagai satu gabungan parti tempatan yang terbesar di Sabah. <\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) &#8211; Pakatan Harapan (PH) yang terbentuk selepas kegagalan cubaan menjatuhkan kerajaan negeri pada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31431,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-31430","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31430","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31430"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31430\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31432,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31430\/revisions\/31432"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31431"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31430"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31430"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31430"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}