{"id":31442,"date":"2025-07-27T23:14:52","date_gmt":"2025-07-27T23:14:52","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31442"},"modified":"2025-07-27T23:14:52","modified_gmt":"2025-07-27T23:14:52","slug":"tiada-kelulusan-kepada-syarikat-bumi-suria-sdn-bhd-jalankan-aktiviti-carigali-mineral-nizam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tiada-kelulusan-kepada-syarikat-bumi-suria-sdn-bhd-jalankan-aktiviti-carigali-mineral-nizam\/","title":{"rendered":"Tiada kelulusan kepada syarikat Bumi Suria Sdn Bhd jalankan aktiviti carigali mineral &#8211; Nizam"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas kononnya Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, memberikan kelulusan atau sokongan kepada syarikat Bumi Suria Sdn Bhd untuk menjalankan aktiviti carigali mineral di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, tuduhan yang dipetik daripada laporan portal MalaysiaNow itu bukan sahaja mengelirukan malah tidak lengkap serta jelas berunsur politik untuk mencemar nama baik kepimpinan negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, tiada sebarang lesen pencarigalian pernah dikeluarkan kepada syarikat Bumi Suria Sdn. Bhd. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah merangkap Ketua Merinyu Galian Negeri, Datuk Bernard Liew Chau Min mengesahkan kenyataan atau promosi pihak tersebut adalah tidak berasas. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebarang aktiviti carigali di Sabah hanya sah selepas mendapat lesen di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 8 Ordinan Perlombongan Sabah 1960 (SMO 1960),\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Nizam merupakan Ketua Penerangan Gagasan Rakyat berkata, Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), sebuah agensi penasihat dalam pengurusan sumber mineral negeri, mengesahkan bahawa mereka hanya memberikan kebenaran bersyarat untuk syarikat terbabit memohon lesen carigali. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Namun, kebenaran itu telah dibatalkan secara rasmi menerusi surat bertarikh 24 Mac 2025 selepas syarikat tersebut gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cFakta penting ini langsung tidak disebut dalam laporan MalaysiaNow, sekali gus menampakkan cubaan membentuk naratif berat sebelah yang mengelirukan rakyat,\u201d jelas Nizam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, beliau turut mengeluarkan amaran keras agar tiada mana-mana pihak mengulangi atau menyebarkan kandungan laporan MalaysiaNow yang dianggap sebagai palsu, berniat jahat dan berunsur fitnah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMalah, agensi tersebut juga sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap portal terbabit serta individu yang terbabit dalam penyebaran maklumat palsu tersebut.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPenyiaran rakaman audio dalam laporan MalaysiaNow yang didakwa mengandungi suara Ketua Pegawai Eksekutif SMM juga menimbulkan keraguan, kerana identiti suara tersebut dikenal pasti secara salah.\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Nizam menjelaskan tindakan ini jelas satu lagi percubaan tidak bertanggungjawab untuk menanam persepsi negatif terhadap agensi kerajaan dan pemimpin negeri. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIa merupakan satu naratif bersifat spekulatif, sensasi dan mempunyai motif politik tersembunyi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan Negeri kekal berpendirian tegas bahawa setiap permohonan berkaitan sumber asli Sabah perlu melalui proses yang telus, mengikut peruntukan undang-undang dan bebas daripada unsur salah guna kuasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTindakan terhadap syarikat yang gagal mematuhi syarat, seperti dalam kes ini, adalah bukti jelas bahawa pentadbiran negeri tidak berkompromi dalam soal integriti,\u201d tegasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam masa sama, beliau menyeru rakyat Sabah untuk menilai isu ini secara rasional dan berpandukan fakta sebenar, bukan bersandarkan rakaman audio atau laporan berat sebelah yang dipenuhi unsur manipulasi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTuduhan ini timbul pada waktu yang sangat mencurigakan, iaitu ketika Sabah sedang giat melaksanakan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Jelas sekali ia bertujuan untuk menggugat kestabilan pentadbiran negeri,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menegaskan bahawa Kerajaan Negeri kekal komited mempertahankan integriti, menjunjung prinsip ketelusan dan menolak segala bentuk fitnah yang cuba menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cFokus kita adalah untuk terus memajukan Sabah, memperkasa rakyat serta memastikan hasil bumi dimanfaatkan secara adil dan bertanggungjawab untuk kesejahteraan semua,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas kononnya Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, memberikan kelulusan atau&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":30013,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-31442","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31442","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31442"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31442\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31443,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31442\/revisions\/31443"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30013"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31442"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31442"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31442"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}