{"id":31486,"date":"2025-07-30T04:47:19","date_gmt":"2025-07-30T04:47:19","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31486"},"modified":"2025-07-30T04:47:19","modified_gmt":"2025-07-30T04:47:19","slug":"sabah-miliki-potensi-lengkap-jadi-hab-perikanan-laut-dalam-serantau-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-miliki-potensi-lengkap-jadi-hab-perikanan-laut-dalam-serantau-hajiji\/","title":{"rendered":"Sabah miliki potensi lengkap jadi Hab Perikanan Laut Dalam Serantau &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Sabah berada di landasan tepat untuk menjadi Hab Perikanan Laut Dalam terunggul di rantau ini susulan pelbagai kelebihan strategik yang dimilikinya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Sabah bukan sahaja berada di laluan migrasi tuna antarabangsa, malah memiliki pelabuhan semula jadi.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_31487\" aria-describedby=\"caption-attachment-31487\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-31487\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/C4551C3A-C769-415E-88C1-84E6DC1F9238-300x138.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"138\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/C4551C3A-C769-415E-88C1-84E6DC1F9238-300x138.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/C4551C3A-C769-415E-88C1-84E6DC1F9238-1024x472.jpeg 1024w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/C4551C3A-C769-415E-88C1-84E6DC1F9238-768x354.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/C4551C3A-C769-415E-88C1-84E6DC1F9238.jpeg 1167w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-31487\" class=\"wp-caption-text\">Hajiji menyaksikan MoA dalam majlis hari ini.<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, ini termasuk terlindung serta berdekatan dengan negara pengeluar utama seperti Indonesia, Filipina dan Papua New Guinea.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita memiliki segala prasyarat \u2013 dari segi lokasi, sumber, infrastruktur dan sokongan dasar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni untuk memacu Sabah sebagai pusat pendaratan, pemprosesan dan pengeksportan hasil laut dalam berpiawaian antarabangsa,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, menerusi MoA itu, AORB akan melabur RM360 juta bagi membangunkan sebuah Pelabuhan Bertaraf Kesatuan Eropah (EU) khusus untuk pendaratan ikan tuna dan hasil laut dalam di Kota Kinabalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, projek itu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dan akan mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan merentasi rantaian nilai industri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPelabuhan ini akan mematuhi piawaian ketat EU termasuk Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP), sistem kebolehjejakan, pemantauan Illegal, Unreported and Unregulated (IUU) dan keselamatan makanan menyeluruh.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Dengan kemudahan ini, kita boleh tembusi pasaran eksport premium yang selama ini terbatas akibat ketiadaan fasiliti yang sesuai,\u201d jelas Hajiji.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, penyertaan Malaysia dalam Western &amp; Central Pacific Fisheries Commission (WCPFC) bakal membolehkan pelabuhan baharu ini menjadi pusat pendaratan sah bagi kapal penangkap ikan berdaftar dari serata dunia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDengan unjuran 1,000 kapal setahun, masing-masing membawa purata 50 tan tangkapan, Sabah berpotensi mendaratkan 50,000 tan tuna setahun dan menjana nilai ekonomi sehingga RM1.8 bilion,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, manfaat ekonomi bukan sekadar terhad kepada hasil tangkapan, malah meluas kepada pelbagai sektor sokongan seperti pembekalan ais, perkhidmatan bunkering, F&amp;B dan perkhidmatan teknikal.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam masa yang sama, Hajiji menegaskan bahawa pembangunan industri ini tidak akan mengabaikan kebajikan komuniti nelayan tempatan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cModel pembangunan inklusif akan memastikan penglibatan nelayan pesisir dalam komponen hiliran bernilai tambah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita akan terus menekankan tadbir urus &#8220;environmental, social &amp; governance&#8221;(ESG) yang mampan \u2013 menjaga alam sekitar, masyarakat dan urus tadbir \u2013 demi kelangsungan ekosistem marin serta kesejahteraan ekonomi rakyat,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam majlis sama, DBKK turut memeterai MoU dengan Petco Trading Labuan Company Ltd bagi membangunkan kompleks tenaga biogas di tapak pelupusan sampah Kayu Madang. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Projek itu bakal menukar gas metana daripada sisa pepejal kepada tenaga elektrik hijau sebanyak 2 Megawatt.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTenaga ini akan memberi manfaat langsung kepada sektor pembuatan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP). Ini contoh terbaik pendekatan ekonomi pekeliling \u2013 sisa satu sektor menjadi sumber tenaga bagi sektor lain,\u201d ujarnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, kedua-dua inisiatif ini selaras dengan agenda Ekonomi Biru Sabah yang menekankan pembangunan mampan, nilai tambah industri perikanan serta peralihan kepada tenaga bersih.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKejayaan menarik pelaburan ini membuktikan keyakinan tinggi pelabur terhadap prospek ekonomi Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya yakin sinergi antara DBKK, sektor swasta dan kerajaan negeri akan mempercepat pertumbuhan ekonomi dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut merakamkan penghargaan kepada DBKK atas usaha berterusan memacu pembangunan bandar raya dan kepada kedua-dua syarikat terbabit yang memilih Sabah sebagai destinasi pelaburan strategik mereka<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Sabah berada di landasan tepat untuk menjadi Hab Perikanan Laut Dalam terunggul di rantau ini susulan pelbagai&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31488,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-31486","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31486","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31486"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31486\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31489,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31486\/revisions\/31489"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31488"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31486"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31486"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31486"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}