{"id":31561,"date":"2025-08-02T04:05:07","date_gmt":"2025-08-02T04:05:07","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31561"},"modified":"2025-08-02T04:05:07","modified_gmt":"2025-08-02T04:05:07","slug":"kgks-sambut-baik-peruntukan-rm67-bilion-untuk-sektor-pendidikan-dalam-rmk13-murkam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kgks-sambut-baik-peruntukan-rm67-bilion-untuk-sektor-pendidikan-dalam-rmk13-murkam\/","title":{"rendered":"KGKS sambut baik peruntukan RM67 bilion untuk sektor pendidikan dalam RMK13 \u2013 Murkam"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU : Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menyambut baik pengumuman kerajaan memperuntukkan RM67 bilion untuk sektor pendidikan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sambil menyifatkannya sebagai langkah penting dan wajar disokong oleh semua pihak, Presidennya Murkam Hussien yakin peruntukan sebesar itu mampu meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut beliau, tumpuan kepada sektor pendidikan adalah amat tepat pada masanya, terutama dalam usaha merapatkan jurang pembangunan antara wilayah serta memastikan akses pendidikan yang lebih saksama di kawasan luar bandar dan pedalaman.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKami sangat mengalu-alukan peruntukan ini. Namun, kami berharap perhatian khusus diberikan kepada penambahbaikan kemudahan asas pendidikan di Sabah, terutama dari segi infrastruktur sekolah dan perumahan guru di kawasan pedalaman,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Murkam menekankan bahawa isu rumah guru yang daif, tidak mencukupi, atau langsung tiada masih menjadi cabaran utama di beberapa kawasan luar bandar di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni memberi kesan kepada kebajikan guru dan secara tidak langsung menjejaskan kualiti pengajaran.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKalau kita mahu guru yang berdedikasi kekal mengajar di kawasan pedalaman, kita perlu sediakan persekitaran yang selesa dan selamat untuk mereka tinggal. Rumah guru bukan kemewahan, tapi keperluan,\u201d tambah Murkam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Selain itu, beliau mencadangkan agar RMK13 turut memberi perhatian kepada beberapa isu dalam memperkasakan pembangunan pendidikan di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ini termasuk meningkatkan kemudahan digital dan akses internet di sekolah luar bandar,<br \/>\nmerancakkan pembangunan latihan berterusan untuk guru, dan memacu pembangunan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) yang sesuai dengan potensi setempat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Murkam berharap agar pelaksanaan RMK13 disusuli dengan pemantauan rapi dan penyertaan aktif pemegang taruh di peringkat komuniti agar setiap sen peruntukan memberi impak yang nyata.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menyambut baik pengumuman kerajaan memperuntukkan RM67 bilion untuk sektor pendidikan dalam Rancangan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31072,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-31561","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31561","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31561"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31561\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31562,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31561\/revisions\/31562"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31072"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31561"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31561"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31561"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}