{"id":31645,"date":"2025-08-05T04:59:05","date_gmt":"2025-08-05T04:59:05","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31645"},"modified":"2025-08-05T05:03:02","modified_gmt":"2025-08-05T05:03:02","slug":"prn-sabah-kerjasama-antara-grs-dan-bn-umpama-menggabungkan-air-dan-minyak-aksyah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/prn-sabah-kerjasama-antara-grs-dan-bn-umpama-menggabungkan-air-dan-minyak-aksyah\/","title":{"rendered":"PRN Sabah: Kerjasama antara GRS dan BN umpama \u2018menggabungkan air dan minyak\u2019 &#8211; Aksyah\u00a0"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU : Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah merupakan medan referendum rakyat untuk menentukan sama ada mandat harus diberikan kepada parti tempatan seperti GRS atau parti nasional seperti Barisan Nasional (BN). <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Nasrah berkata, beliau menyokong penuh pendirian Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah menolak cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar wujud kerjasama tiga penjuru antara GRS, Pakatan Harapan (PH) dan BN menjelang PRN kali ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPendirian ini selari dengan kenyataan jelas Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bahawa kerjasama politik pada PRN ini hanya melibatkan GRS dan PH Plus, berteraskan keikhlasan dan kejujuran demi kestabilan politik negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKepimpinan tertinggi nasional, termasuk Perdana Menteri, tidak memaksa kerjasama antara GRS dan BN yang disifatkannya umpama &#8220;menggabungkan air dan minyak,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Aksyah berkata, formula politik Sabah kini memerlukan GRS diangkat sebagai tonggak utama dalam apa jua gabungan politik yang dibentuk, sejajar dengan semangat autonomi dan slogan \u201cRumah Kita, Kita Jaga.\u2019<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita hairan kenapa PMX bertindak seolah-olah menjadi wakil BN untuk menentukan bentuk kerjasama politik di Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerjasama GRS dengan PH Plus sudah memadai. Di mana suara pemimpin BN Sabah dalam mempertahankan hak menentukan halatuju mereka sendiri?,\u201d jelas Aksyah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, beliau turut mempersoalkan pendirian BN Sabah yang sering dilihat tidak konsisten, malah pernah menolak GRS sebagai rakan politik yang setaraf. \u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, sejarah hubungan lalu membuktikan GRS tidak terdesak untuk bekerjasama dengan BN. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJika benar kerjasama BN-PH telah \u2018dikunci\u2019 seperti dakwaan Presiden UMNO, maka seharusnya BN Sabah tampil menyatakan pendirian jelas bahawa pintu rundingan kerjasama dengan GRS telah ditutup,\u201d tegasnya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Tambahnya, BN Sabah tidak sepatutnya bersikap \u201cYes-Man\u201d kepada arahan pemimpin pusat sedangkan mereka berulang kali menyatakan GRS bukan sebuah parti kuat dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cGRS tidak pernah bergantung kepada simpati mana-mana pihak. Sebaliknya, sudah bersedia membawa aspirasi rakyat Sabah menerusi PRN-17 sebagai medan referendum sebenar,\u201d katanya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama politik GRS bersama PH Plus lebih meyakinkan berbanding BN, kerana ia dibina atas asas saling percaya dan keikhlasan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p2\">","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU : Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah merupakan medan referendum rakyat untuk menentukan sama ada mandat harus diberikan kepada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":14912,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-31645","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31645","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31645"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31645\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31648,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31645\/revisions\/31648"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14912"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31645"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31645"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31645"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}