{"id":31722,"date":"2025-08-08T09:36:52","date_gmt":"2025-08-08T09:36:52","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31722"},"modified":"2025-08-08T09:36:52","modified_gmt":"2025-08-08T09:36:52","slug":"parti-politik-mahu-bawa-sarawak-keluar-malaysia-kini-bertanding-prn-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/parti-politik-mahu-bawa-sarawak-keluar-malaysia-kini-bertanding-prn-sabah\/","title":{"rendered":"Parti politik mahu bawa Sarawak keluar Malaysia kini bertanding PRN Sabah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PENAMPANG: Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang pernah mencetus kontroversi dengan misi aneh membawa Sarawak keluar dari Malaysia pada PRN Sarawak 2021 bakal menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dijangka berlangsung tahun ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Secara rasmi mendirikan cawangannya di Sabah untuk menghadapi PRN kali ini, misi PBK dilihat berbeza dengan menawarkan rakyat Sabah perjuangan parti untuk menuntut hak negeri Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagaimanapun, PBK masih belum menyatakan jumlah sebenar kerusi dan senarai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertanding dalam PRN Sabah yang menjadi pengalaman pertama mereka bertanding di negeri itu. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Presidennya, Voon Lee Shan berkata, pihaknya terbuka menerima mana-mana individu yang berminat bertanding atas tiket parti itu. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPemilihan calon PBK dibuat berdasarkan penerimaan terhadap perjuangan parti yang tertumpu kepada tuntutan hak negeri, seperti hasil minyak dan gas serta pembebasan Sabah dan Sarawak daripada penguasaan Pusat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kami serahkan kepada rakyat Sabah berapa kerusi mereka mahu. Kami jemput sesiapa yang mahu lawan dan menjadi calon. Sekarang belum ada tetapi kami akan ada calon nanti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Sebenarnya ramai mahu menjadi calon PBK, tetapi kami tidak memilih dengan mudah kerana perlu pastikan sama ada mereka benar-benar berminat terhadap perjuangan parti atau sebaliknya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Mesti faham parti ini bersifat nasionalis bagi mendapatkan kebebasan untuk Sabah dan Sarawak. Kami tidak mahu mereka yang oportunis, sebaliknya mahu orang yang berjuang untuk Sabah,&#8221; katanya kepada pemberita selepas melancarkan PBK Cawangan Sabah di Lot 20, Tingkat 1, Beverly Hills Commercial &amp; Industrial Park, Penampang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada majlis itu, Lee Shan menyerahkan watikah pelantikan Pengerusi PBK Sabah kepada Datin Soh Kee Suat, manakala bekas ADUN Dilantik Sabah, Datuk Ronnie Loh sebagai Timbalannya serta dua lagi pemimpin, Mohd Yunus Ibrahim dan Vennex Jasmin @ Miki. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kesediaan PBK membuka cawangannya di Sabah sudah bermula sejak April lalu. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, kata Lee Shan, keputusan mengembangkan sayap ke Sabah dan bertanding pada PRN17 berdasarkan permintaan rakyat Sabah yang mahu PBK datang ke negeri itu. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Orang Sabah yang minta kepada saya supaya datang sini, tetapi sebelum ini tidak teratur dan sekarang apabila sudah teratur barulah kami datang,\u201d katanya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, Ronnie mengucapkan terima kasih kepada Presiden PBK atas kepercayaan dan pelantikannya dan Kee Suat yang juga isterinya sebagai Pengerusi PBK Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kami pasangan suami isteri bersama 13 ahli jawatankuasa dari pelbagai agama dan kaum, kini bersiap sedia untuk menghadapi PRN17 akan datang,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PBK sejak dahulu membawa agenda merdeka sebagai taktik kempen dengan secara terbuka membawakan isu kemerdekaan Sarawak sebagai simbol utama dalam PRN.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Parti itu berimpian membawa Sarawak keluar dari Malaysia sekiranya menang PRN Sarawak 2021 selain mendakwa langkah Sarawak menyertai pembentukan Malaysia pada 1963 adalah satu kesilapan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Parti itu menggesa sekiranya rakyat memberi mandat melalui pilihan raya, ia menunjukkan sokongan terhadap langkah pemisahan secara undang-undang selain mendesak supaya MA63 diiystihar tidak sah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Namun, ideologi mereka tidak memberi pengaruh besar dan belum mendapat penerimaan besar dari pengundi.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang pernah mencetus kontroversi dengan misi aneh membawa Sarawak keluar dari Malaysia pada PRN Sarawak&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31723,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-31722","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31722","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31722"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31722\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31724,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31722\/revisions\/31724"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31723"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31722"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31722"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31722"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}