{"id":31778,"date":"2025-08-11T01:21:14","date_gmt":"2025-08-11T01:21:14","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31778"},"modified":"2025-08-11T01:21:47","modified_gmt":"2025-08-11T01:21:47","slug":"bayaran-balik-bon-rm1-bilion-bukan-hasil-tindakan-kerajaan-warisan-masidi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/bayaran-balik-bon-rm1-bilion-bukan-hasil-tindakan-kerajaan-warisan-masidi\/","title":{"rendered":"Bayaran balik bon RM1 bilion bukan hasil tindakan kerajaan Warisan &#8211; Masidi"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bahawa pentadbiran Warisan pada tahun 2019 berjaya membayar balik hutang RM1 bilion hasil pengurusan kewangan sendiri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Masidi berkata, bayaran balik Bon Kerajaan Negeri Sabah <a href=\"tel:20142019\">(2014-2019<\/a>) adalah hasil daripada perancangan kewangan berhemah oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) terdahulu, dan bukannya inisiatif khas oleh kerajaan Warisan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cBon itu dikeluarkan pada Disember 2014 semasa pentadbiran BN. Bank Negara Malaysia telah menetapkan syarat supaya diwujudkan satu Tabung Amanah Khas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cTabung ini iaitu Kumpulan Wang Amanah Bagi Bayaran Balik Bon, bagi memastikan bayaran balik penuh apabila bon tersebut matang,\u201d katanya dalam kenyataan di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Masidi berkata, dibawah terma bon itu, Kerajaan Negeri diwajibkan memasukkan RM200 juta setiap tahun ke dalam Tabung Amanah berkenaan selama lima tahun, dari 2014 hingga 2019.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cMenjelang Warisan mengambil alih pentadbiran pada 2018, sebahagian besar dana bagi bayaran balik telah pun tersedia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cPada tahun 2019, terdapat RM1 bilion dalam Tabung Amanah tersebut, membolehkan bayaran penuh dibuat sekali gus bagi melangsaikan bon berkenaan,\u201d jelas Masidi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menurutnya, ini bukan hasil daripada dasar baharu oleh kerajaan Warisan, sebaliknya merupakan hasil perancangan kewangan terdahulu yang teliti oleh pentadbiran sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Masidi menegaskan adalah tidak tepat untuk Mohd. Shafie menggambarkan bayaran balik itu sebagai bukti keupayaan pengurusan kewangan kerajaan Warisan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cKita mengingatkan Shafie, perkara ini telah dijelaskan dalam ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Julai 2024.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cPentadbiran sekarang komited untuk memberikan maklumat yang jelas dan tepat kepada rakyat mengenai kewangan negeri, dan tidak akan membiarkan kenyataan yang mengelirukan dibiarkan tanpa penjelasan,\u201d tegasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Mohd Shafie berulang-kali mendakwa pada 2019 pentadbirannya berjaya melunaskan RM1 bilion hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Dakwaan beliau itu kononnya untuk menunjukkan bahawa pentadbirannya adalah pengurus kewangan kerajaan yang baik.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bahawa pentadbiran Warisan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31779,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-31778","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31778","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31778"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31778\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31780,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31778\/revisions\/31780"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31779"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31778"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31778"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31778"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}