{"id":3190,"date":"2021-07-18T12:41:47","date_gmt":"2021-07-18T12:41:47","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=3190"},"modified":"2021-07-18T13:02:59","modified_gmt":"2021-07-18T13:02:59","slug":"100-peratus-dewasa-di-malaysia-dijangka-lengkap-vaksin-pada-oktober","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/100-peratus-dewasa-di-malaysia-dijangka-lengkap-vaksin-pada-oktober\/","title":{"rendered":"100 peratus dewasa di Malaysia dijangka lengkap vaksin pada Oktober"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Seratus peratus populasi dewasa di Malaysia dijangka melengkapkan dos vaksin COVID-19, pada Oktober ini berikutan sasaran pencapaian program vaksinasi negara telah dipercepatkan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n<p>Katanya tindakan mempercepatkan program vaksinasi itu termasuk meningkatkan kapasiti untuk mencapai kadar suntikan 500,000 dos sehari, adalah berikutan penemuan varian baharu COVID-19 yang lebih ganas dan kes positif yang meningkat dengan mendadak.<\/p>\n<p>\u201cVaksinasi adalah kunci utama kejayaan melawan COVID-19. Jadual asalnya, 80 peratus penduduk Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSasaran kemudiannya dipercepatkan ke Disember 2021. Kini, sasaran program vaksinasi dipercepatkan lagi,\u201d katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Katanya, kerajaan juga menyasarkan 100 peratus populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 1 Ogos di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti, manakala di Sarawak perkara itu akan dicapai, pada akhir Ogos.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cHampir semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 50 peratus pada akhir Ogos. Semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 70 peratus pada September,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Muhyiddin berkata kerajaan setakat ini telah menempah lebih 76.1 juta dos vaksin melibatkan 70 peratus Pfizer dan selebihnya termasuk Sinovac, AstraZeneca dan CanSino.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Beliau berkata, setakat ini, Malaysia telah menerima sebanyak 20 juta dos daripada jumlah keseluruhan vaksin yang ditempah itu.<\/p>\n<p>\u201cDijangkakan kita akan menerima jumlah keseluruhan 30 juta dos pada akhir bulan ini, 40 juta dos pada bulan Ogos, 53 juta dos pada September dan 58 juta dos pada Oktober.\u00a0 Baki selebihnya akan diterima antara November depan hingga Januari 2022,\u201d katanya.<\/p>\n<\/div>\n<p>&#8211; &#8211; BERNAMA<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Seratus peratus populasi dewasa di Malaysia dijangka melengkapkan dos vaksin COVID-19, pada Oktober ini berikutan sasaran pencapaian program&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":3201,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-3190","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3190","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3190"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3190\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3192,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3190\/revisions\/3192"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3201"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3190"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3190"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3190"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}