{"id":31927,"date":"2025-08-18T08:43:51","date_gmt":"2025-08-18T08:43:51","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31927"},"modified":"2025-08-18T08:43:51","modified_gmt":"2025-08-18T08:43:51","slug":"bicara-bela-diri-kes-rasuah-bung-moktar-isteri-tangguh-ke-2-september","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/bicara-bela-diri-kes-rasuah-bung-moktar-isteri-tangguh-ke-2-september\/","title":{"rendered":"Bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri tangguh ke 2 September"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan prosiding perbicaraan membela diri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, yang sepatutnya bermula hari ini kepada 2 September depan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hakim Rosli Ahmad memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Teh See Khoon yang mewakili Zizie Izette berikutan peguam Datuk Seri K Kumaraendran yang mengendalikan perbicaraan kes tidak sihat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Datuk Kumaraendran tidak sihat kerana ada cecair dalam peparu beliau serta beliau masih dalam rawatan yang mempunyai kesan sampingan dalam tempoh ini. Saya mohon supaya penangguhan dibenarkan,&#8221; kata See Khoon yang mengendalikan kes pasangan itu bersama peguam M Athimulan mewakili Bung Moktar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam prosiding sama, mahkamah turut melapangkan tarikh-tarikh perbicaraan pada esok dan Rabu (20 Ogos).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How berkata pihak pendakwaan membantah permohonan berkenaan dan bersedia untuk meneruskan perbicaraan bela diri pasangan suami isteri itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Sekiranya keadaan kesihatan peguam Kumaraendran masih dalam keadaan sama iaitu tidak sihat, tertuduh pertama (Bung Moktar) boleh memberi keterangan pada 2 September nanti,&#8221; kata Chin How.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada 22 Mei lalu, Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette gagal untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memerintahkan mereka membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berkenaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mahkamah Rayuan pada 18 November 2024 memerintahkan pasangan suami isteri itu membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berkenaan selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan pasangan itu yang diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada 7 September 2023.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada 2 September 2022, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri atas tiga pertuduhan rasuah itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka di akhir kes pendakwaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bung Moktar, 65, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa pada 3 Mei 2019, dengan dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette, 46, di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari hingga 5 petang 12 Jun 2015.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama. <\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan prosiding perbicaraan membela diri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":29171,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-31927","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31927","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31927"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31927\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31928,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31927\/revisions\/31928"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29171"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31927"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31927"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31927"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}