{"id":31945,"date":"2025-08-19T03:52:28","date_gmt":"2025-08-19T03:52:28","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31945"},"modified":"2025-08-19T03:58:47","modified_gmt":"2025-08-19T03:58:47","slug":"jangan-dedah-identiti-remaja-kes-buli-zara-qairina-suhakam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/jangan-dedah-identiti-remaja-kes-buli-zara-qairina-suhakam\/","title":{"rendered":"Jangan dedah identiti remaja kes buli Zara Qairina &#8211; SUHAKAM"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KUALA LUMPUR: Identiti lima remaja yang bakal didakwa berkaitan kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, tidak boleh didedahkan kepada umum.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Peringatan itu diberikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang menzahirkan kebimbangan berhubung pendakwaan yang bakal dihadapi lima remaja terbabit di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, esok.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menerusi kenyataan hari ini, SUHAKAM menggesa orang awam dan media supaya bertindak penuh tanggungjawab serta mematuhi undang-undang, khususnya membabitkan hak perlindungan kanak-kanak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Mereka berhak mendapat perlindungan penuh di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), termasuk sokongan berasaskan trauma, wakil guaman, serta layanan yang adil.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Identiti mereka tidak boleh didedahkan secara langsung atau tidak langsung. Nama, gambar, sekolah, atau sebarang butiran yang boleh membawa kepada pengecaman mereka tidak boleh didedahkan kepada umum,&#8221; kata kenyataan itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut SUHAKAM, perbuatan menerbitkan identiti kanak-kanak boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 akta berkenaan yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">SUHAKAM turut menekankan bahawa Mahkamah Kanak-Kanak adalah mahkamah tertutup mengikut Seksyen 12 akta sama, dan hanya pihak berkepentingan sahaja dibenarkan hadir dalam prosiding.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam kenyataan sama, SUHAKAM menegaskan bahawa keutamaan kini adalah mengelakkan stigma berterusan terhadap kanak-kanak yang terbabit.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">SUHAKAM menyeru semua pihak supaya membiarkan proses keadilan berjalan dengan tertib dan berpaksikan hak kanak-kanak serta kedaulatan undang-undang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Masyarakat perlu sedar bahawa buli, sama ada di sekolah atau di media sosial, tidak boleh diterima dalam apa jua bentuk,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok turut disaran mengemaskini dasar dalaman secara proaktif untuk mengesan serta memadam kandungan yang melanggar Akta Kanak-Kanak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Menunggu laporan atau permintaan untuk memadam kandungan boleh membolehkan maklumat haram tersebar luas, sekaligus menjejaskan perlindungan yang dijamin oleh undang-undang,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Terdahulu Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan beberapa suspek yang terbabit dalam kes buli Zara Qairina akan didakwa di mahkamah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Perkara itu diputuskan selepas jabatan itu meneliti kertas siasatan yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berdasarkan keterangan yang ada.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jabatan itu menegaskan walaupun keputusan untuk menuduh suspek bagi kesalahan buli dibuat, namun keputusan itu tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Identiti lima remaja yang bakal didakwa berkaitan kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, tidak boleh&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31948,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-31945","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31945","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31945"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31945\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31947,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31945\/revisions\/31947"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31948"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31945"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31945"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31945"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}