{"id":31969,"date":"2025-08-20T22:58:43","date_gmt":"2025-08-20T22:58:43","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31969"},"modified":"2025-08-20T22:58:43","modified_gmt":"2025-08-20T22:58:43","slug":"guru-sebar-berita-palsu-zara-qairina-dimasukkan-dalam-mesin-basuh-didakwa-hari-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/guru-sebar-berita-palsu-zara-qairina-dimasukkan-dalam-mesin-basuh-didakwa-hari-ini\/","title":{"rendered":"Guru sebar berita palsu Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh didakwa hari ini"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KUALA LUMPUR: Seorang pemilik akaun TikTok akan dituduh di mahkamah kerana menyebarkan maklumat palsu mengenai kematian Zara Qairina Mahathir, ini.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Prosiding dijadualkan berlangsung jam 8.30 pagi di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang dengan pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pertuduhan ke atas pemilik akaun TikTok &#8216;SHA_Abrienda&#8217; itu akan dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ianya berhubung penyebaran maklumat tidak sahih berkenaan kematian Zara Qairina kononnya akibat dimasukkan ke dalam mesin basuh oleh pemilik akaun TikTok terbabit.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Zara Qairina iaitu pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Limauan, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kes kematiannya mencetuskan perhatian umum apabila ia pada peringkat awal diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Namun, tular di media sosial dakwaan kononnya mangsa maut selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Penyebaran maklumat palsu itu menimbulkan kebimbangan awam, selain memberi tekanan emosi kepada keluarganya serta mengganggu perjalanan siasatan polis.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini membuka sebanyak 15 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan kematian pelajar tingkatan satu itu termasuk dakwaan kononnya mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu, dalam sidang media pada 13 Ogos lalu memaklumkan seorang wanita berusia 39 tahun turut ditahan di Rawang, Selangor kerana dipercayai menyebarkan maklumat tidak benar berhubung kes itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, wanita berkenaan bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Seorang pemilik akaun TikTok akan dituduh di mahkamah kerana menyebarkan maklumat palsu mengenai kematian Zara Qairina Mahathir, ini&#8230;.<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31964,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-31969","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31969","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31969"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31969\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31970,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31969\/revisions\/31970"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31964"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31969"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31969"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31969"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}