{"id":31975,"date":"2025-08-21T04:15:40","date_gmt":"2025-08-21T04:15:40","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=31975"},"modified":"2025-08-21T05:35:41","modified_gmt":"2025-08-21T05:35:41","slug":"sabah-catat-97-6-peratus-pensijilan-mspo-lebih-30000-pekebun-kecil-diiktiraf-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-catat-97-6-peratus-pensijilan-mspo-lebih-30000-pekebun-kecil-diiktiraf-hajiji\/","title":{"rendered":"Sabah Catat 97.6 peratus Pensijilan MSPO, Lebih 30,000 Pekebun Kecil Diiktiraf &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Sabah terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam industri sawit mampan negara apabila lebih 30,000 pekebun kecil melibatkan 191,000 hektar ladang berjaya memperoleh pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) setakat April 2025.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, berkata pencapaian 97.62 peratus ini antara yang tertinggi di Malaysia dan bukti kerjasama erat antara kerajaan, industri dan komuniti pekebun kecil.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, Sabah telah mencapai 97 peratus kawasan tanaman disijilkan, manakala Sarawak pula melepasi 92 peratus.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cNamun usaha perlu diteruskan untuk mencapai 100 peratus pensijilan, terutamanya melibatkan pekebun kecil persendirian.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBagi mempercepatkan usaha itu, Sabah meneruskan inisiatif JASPO (Pendekatan Bidang Kuasa untuk Minyak Sawit Mampan), yang menyasarkan 100 peratus pengeluaran minyak sawit mampan menjelang 2030,\u201d katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Teks ucapan dibacakan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, pendekatan ini menyelaraskan Sabah dengan piawaian antarabangsa seperti RSPO dan EUDR.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSelain itu memastikan semua pihak, termasuk pekebun kecil yang menyumbang lebih 27 peratus pengeluaran Sabah, tidak tercicir,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, dengan 1.48 juta hektar tanaman sawit dan pengeluaran tahunan melebihi 4.2 juta tan metrik minyak sawit mentah (CPO), Sabah kekal sebagai penyumbang utama kepada kedudukan Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji menekankan, kejayaan ini hasil puluhan tahun usaha gigih seluruh rantaian bekalan \u2013 dari pekebun kecil hingga ke pembuat dasar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cLebih dari sekadar hasil dan hektar, ini adalah kisah perubahan kehidupan. Industri sawit menyara lebih 300,000 rakyat dan membawa kemajuan luar bandar \u2013 jalan, sekolah, klinik dan rangkaian digital,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau yakin melalui pelaburan strategik dan tadbir urus kukuh, industri ini akan terus berkembang secara mampan dan memberi manfaat bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, tetapi juga di peringkat global.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam industri sawit mampan negara apabila lebih 30,000 pekebun kecil melibatkan 191,000&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":27985,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[19],"tags":[],"class_list":["post-31975","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31975","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31975"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31975\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31976,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31975\/revisions\/31976"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27985"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31975"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31975"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31975"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}