{"id":32016,"date":"2025-08-23T08:53:41","date_gmt":"2025-08-23T08:53:41","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=32016"},"modified":"2025-08-23T08:53:41","modified_gmt":"2025-08-23T08:53:41","slug":"ilmu-taharah-asas-ibadah-wajar-diperluas-nizam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ilmu-taharah-asas-ibadah-wajar-diperluas-nizam\/","title":{"rendered":"Ilmu Taharah Asas Ibadah, Wajar Diperluas &#8211; Nizam"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">TAWAU: Ilmu berkaitan Taharah atau bersuci perlu difahami secara mendalam oleh setiap Muslim kerana ia merupakan asas utama dalam pelaksanaan ibadah seharian.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata demikian ketika merasmikan Program Fiqh Ibadah Muslimah yang dianjurkan oleh Kuliah Takmir Masjid Al-Kauthar, Tawau, hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Program yang menghimpunkan hampir 600 peserta terdiri daripada wanita, belia dan warga emas itu memberi tumpuan kepada aspek bersuci dalam kehidupan harian Muslimah, termasuk pengurusan haid, nifas, wuduk dan istinjak.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIlmu bersuci adalah asas kepada ibadah. Tanpa pemahaman dan pelaksanaan yang betul dalam hal Taharah, ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan wuduk boleh menjadi tidak sah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Nizam merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, beliau menyambut baik usaha Masjid Al-Kauthar dalam memperkasakan ilmu agama dalam kalangan wanita dan menyarankan supaya lebih banyak program seumpamanya diadakan secara berterusan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya menyokong penuh penganjuran program ini dan berharap ia dapat diteruskan serta diperluas ke kawasan lain. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cGolongan wanita memainkan peranan besar dalam membentuk keluarga yang berilmu dan berakhlak,\u201d tambahnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, Nizam turut menyeru agar masjid, persatuan Islam dan badan bukan kerajaan (NGO) mengambil langkah proaktif dalam menganjurkan program pendidikan Islam, khususnya kepada generasi muda.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPendidikan agama mampu menjadi benteng utama kepada masalah sosial yang semakin meruncing dalam kalangan remaja masa kini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita berdepan pelbagai cabaran seperti kes buli, jenayah dan salah laku moral. Semua pihak perlu bekerjasama dalam membimbing anak-anak kita agar tidak terjerumus ke arah gejala negatif ini,\u201d jelasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Program Fiqh Ibadah Muslimah yang berlangsung di Masjid Al-Kauthar ini mencerminkan kesungguhan masyarakat setempat dalam mendalami ilmu agama dan memperkukuh jati diri sebagai Muslimah yang berpengetahuan serta berakhlak mulia.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Ilmu berkaitan Taharah atau bersuci perlu difahami secara mendalam oleh setiap Muslim kerana ia merupakan asas utama dalam pelaksanaan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":32017,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-32016","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32016","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32016"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32016\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32018,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32016\/revisions\/32018"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32017"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32016"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32016"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32016"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}