{"id":32019,"date":"2025-08-23T09:09:59","date_gmt":"2025-08-23T09:09:59","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=32019"},"modified":"2025-08-23T09:10:58","modified_gmt":"2025-08-23T09:10:58","slug":"keupayaan-pulih-ekonomi-bukti-kerajaan-grs-berfungsi-dengan-baik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/keupayaan-pulih-ekonomi-bukti-kerajaan-grs-berfungsi-dengan-baik\/","title":{"rendered":"Keupayaan pulih ekonomi bukti kerajaan GRS berfungsi dengan baik"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PULAU BANGGI: Keupayaan memulihkan ekonomi negeri selepas terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 hingga mencatat peningkatan hasil yang ketara membuktikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berfungsi dengan baik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata kerajaan pimpinannya berusaha melakukan yang terbaik sejak lima tahun lalu dan merangcang dengan baik langkah memulihkan ekonomi dalam tiga sektor utama, iaitu perindustrian, pelancongan dan pertanian.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, melalui tiga sektor itu kerajaan GRS yakin mampu memulihkan ekonomi negeri dan mengangkat aktiviti ekonomi hingga merekodkan hasil mencecah hampir RM7 bilion berbanding RM4 bilion selama beberapa tahun sebelum itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Walaupun tahun pertama kita dilanda wabak COVID-19, dalam menghadapi keadaan itu, kita telah rancang dan memperkenal hala tuju kita, membangunkan ekonomi Sabah untuk jangka panjang serta merancang dengan teliti apa yang baik untuk Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kerana itu kita bagi keutamaan waktu itu pulihkan ekonomi kita. Waktu COVID-19 ekonomi kita teruk sekali, tapi kita pulihkan melalui sektor utama iaitu perindustrian, pelancongan dan pertanian.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita tahu melalui tiga sektor ini kita boleh pulihkan ekonomi kita semula dan alhamdulillah kita dapat pulihkan dan dapat angkat aktiviti ekonomi kita, malah hasil kita daripada bertahun lama hanya RM4 bilion, tapi dalam tempoh saya, kita kutip hasil hampir RM7 bilion setiap tahun.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ini menunjukkan kerajaan kita berfungsi sebagai kerajaan yang baik untuk rakyat,&#8221; katanya berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Skim Penambahan Bekalan Air Pulau Banggi bernilai hampir RM62 juta di Dewan Terbuka Kobong, Pulau Banggi, pada Sabtu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sehubungan itu, Hajiji menegaskan dakwaan pembangkang yang mengatakan kerajaan GRS gagal adalah tidak benar, sebaliknya kegagalan berlaku dalam kerajaan terdahulu yang tiada perancangan jelas untuk negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Gagal apa kalau dapat pulihkan ekonomi, dapat tingkatkan hasil dan memperkenal pelbagai inisiatif untuk rakyat. Sebaliknya yang gagal ialah mereka (pembangkang), saya mahu tanya apa mereka buat di Pulau Banggi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Dua tahun setengah perancangan pun tiada. Saya mahu rakyat Pulau Banggi jangan tertipu lagi dengan mereka, kalau mereka datang beritahu, hanya sokong GRS,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menegaskan, kerajaan mempunyai perancangan yang besar untuk Pulau Banggi berikutan keistimewaannya sebagai sebuah pulau yang besar dan berpotensi dibangunkan dalam pelbagai sektor.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita mahu bangunkan Pulau Banggi ini kerana ia istimewa, mempunyai potensi pelancongan dan ekonomi serta pembangunan yang lain.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita ada perancangan merapatkan lagi hubungan dengan negara jiran melalui perdagangan barter (tukar barang) dan kita minta Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia (Utusan Khas BIMP- EAGA) dan Ahli Parlimen kita usahakan ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kalau ada hubungan &#8216;barter trade&#8217; atau perdagangan dengan sebelah sana, yang tidak jauh dari sini, ia boleh merancakkan lagi aktiviti ekonomi kita. Jadi potensi Pulau Banggi ini tinggi sekali, inilah pulau yang istimewa di Sabah,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sejajar dengan perancangan itu, katanya kerajaan mempertimbangkan permintaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Mohammad Mohamarin untuk menaik taraf status daerah kecil Banggi kepada sebuah daerah penuh.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Selain itu, Hajiji turut meluluskan permintaan untuk membina sebuah dewan di pulau ini dengan peruntukan RM6 juta dan dewan kebudayaan masyarakat Bonggi bernilai RM1 juta.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, apa yang dilakukan oleh kerajaan itu adalah atas keprihatinan terhadap keperluan rakyat di Pulau Banggi yang masih memerlukan banyak perhatian daripada kerajaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Inilah keprihatinan kerajaan dan tahukah saudara di Pulau Banggi ini, sejak kita memerintah banyak inisiatif kita jayakan, bukan saja membina projek yang besar tetapi juga untuk rakyat kita yang susah di bawah,&#8221; katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PULAU BANGGI: Keupayaan memulihkan ekonomi negeri selepas terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 hingga mencatat peningkatan hasil yang ketara membuktikan kerajaan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":32021,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-32019","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32019","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32019"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32019\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32022,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32019\/revisions\/32022"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32021"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32019"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32019"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32019"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}