{"id":32091,"date":"2025-08-27T05:16:05","date_gmt":"2025-08-27T05:16:05","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=32091"},"modified":"2025-08-27T05:16:05","modified_gmt":"2025-08-27T05:16:05","slug":"rekod-hitam-warisan-bukti-kegagalan-urus-ekonomi-roland-chia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/rekod-hitam-warisan-bukti-kegagalan-urus-ekonomi-roland-chia\/","title":{"rendered":"&#8220;Rekod Hitam Warisan Bukti Kegagalan Urus Ekonomi&#8221; \u2013 Roland Chia"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Inanam, Datuk Dr. Roland Chia Ming Shen, membidas keras kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong dari Warisan, Justin Wong, yang didakwanya cuba mengelirukan rakyat dengan angka ekonomi yang dipilih secara selektif.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menegaskan bahawa Warisan telah meninggalkan &#8220;rekod hitam&#8221; dalam sejarah pentadbiran Sabah apabila gagal mengurus ekonomi negeri dengan baik sepanjang tempoh pemerintahan singkat mereka.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Justin Wong perlu belajar asas ekonomi. Kenyataannya penuh putar belit dan bersandarkan angka-angka separuh masak. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Fakta sebenar tidak dapat disembunyikan \u2013 Warisan telah memusnahkan ekonomi Sabah,&#8221; katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut Dr. Chia, semasa Warisan memerintah, ekonomi Sabah menyusut secara drastik. Pada tahun 2019, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah bernilai RM85.6 bilion, namun merosot kepada RM77.8 bilion pada 2020 \u2013 penyusutan hampir RM8 bilion atau -9.1%, yang disifatkan beliau sebagai kejatuhan terburuk dalam sejarah moden Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ini bukan sekadar angka. Ini bukti nyata kegagalan pentadbiran Warisan yang membawa kepada penderitaan rakyat,&#8221; katanya lagi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sebaliknya, Dr. Chia menegaskan bahawa di bawah kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), ekonomi negeri menunjukkan pemulihan ketara meskipun berdepan cabaran global.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Selepas kejatuhan -9.1% pada 2020, Sabah berjaya bangkit semula dengan pertumbuhan +1.5% pada 2021, +3.9% (2022), +1.3% (2023) dan +1.1% (2024). Hari ini, nilai ekonomi Sabah hampir kembali kepada tahap pra-pandemik iaitu RM84.3 bilion,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dr. Chia turut menyelar dakwaan Justin Wong yang mempersoalkan kedudukan Sabah dalam kalangan enam negeri teratas di Malaysia, sambil menyifatkannya sebagai cubaan memperkecil usaha kerajaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Bezanya dengan negeri seperti Perak hanyalah 0.1\u20130.2%. Tambahan pula, Sabah sedang melalui reformasi struktur menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Ini bukan kegagalan \u2013 ini proses pemulihan jangka panjang,&#8221; jelasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Data Buktikan Warisan Lemah Urus Ekonomi Sebelum Pandemik<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dr. Chia juga menegaskan bahawa kemerosotan ekonomi Sabah bukan berpunca semata-mata daripada pandemik Covid-19, tetapi sudah bermula seawal pemerintahan Warisan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Pada 2017, Sabah mencatat pertumbuhan ekonomi 8.1%. Namun selepas Warisan mengambil alih, ia merosot kepada hanya 1.5% pada 2018 dan 0.7% pada 2019 \u2013 jauh sebelum Covid-19 melanda,&#8221; katanya sambil memetik data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Rekod Cemerlang Hasil &amp; Rizab Di Bawah GRS<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Tambah beliau, sepanjang 2021 hingga 2024, Sabah merekodkan pertumbuhan positif setiap tahun, dengan hasil negeri melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Hasil negeri pada zaman Warisan hanyalah RM4.2 bilion (2019). Di bawah GRS, ia meningkat hampir dua kali ganda kepada RM7 bilion pada 2022 dan 2023,&#8221; jelasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Selain itu, rizab kewangan negeri turut melonjak daripada RM3.2 bilion (2019) kepada RM8.6 bilion (2024) \u2013 peningkatan lebih dua setengah kali ganda.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ini adalah bukti nyata pengurusan kewangan berhemat. Warisan tidak boleh lari daripada rekod hitam mereka. Jika ini bukan kejayaan GRS, apa lagi?&#8221;<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Warisan Makin Terdesak, Rakyat Jangan Tertipu&#8221;<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Akhirnya, Dr. Chia menyifatkan serangan berterusan Warisan terhadap kerajaan negeri sebagai tindakan terdesak oleh parti yang kian hilang arah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Mereka gagal semasa memerintah, dan kini cuba menutup kegagalan itu dengan memutar belit angka. Rakyat tidak boleh tertipu lagi,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menegaskan bahawa di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, GRS sedang membina semula asas ekonomi Sabah dan meletakkan negeri ini di landasan kukuh untuk masa depan yang lebih cerah.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Inanam, Datuk Dr. Roland Chia Ming Shen, membidas keras kenyataan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":32092,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-32091","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32091","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32091"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32091\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32093,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32091\/revisions\/32093"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32092"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32091"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32091"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32091"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}