{"id":32100,"date":"2025-08-27T09:31:08","date_gmt":"2025-08-27T09:31:08","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=32100"},"modified":"2025-08-27T09:31:42","modified_gmt":"2025-08-27T09:31:42","slug":"kami-yakin-menang-prn-sabah-kata-mohd-shafie","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kami-yakin-menang-prn-sabah-kata-mohd-shafie\/","title":{"rendered":"\u201cKami yakin menang PRN Sabah,\u201d kata Mohd Shafie"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Parti WARISAN memberi bayangan peluang parti itu untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 adalah besar melihat rekod pencapaiannya semasa mentadbir kerajaan negeri. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, berbanding Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mentadbir negeri selama lima tahun, beliau tidak melihat ada perubahan besar dalam aspek peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di negeri itu. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sebaliknya, ahli Parlimen Semporna itu berkata, semasa pentadbiran WARISAN, hasil negeri pada tahun 2018 hingga 2019 mencecah RM5 bilion dengan cukai jualan daripada Petronas berjumlah RM7 bilion. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagaimanapun, katanya, belanjawan negeri tahun ini sebanyak RM6.7 bilion tidak menunjukkan peningkatan ketara. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPeningkatan sebelum ini datang daripada kerajaan WARISAN melalui pelaksanaan cukai. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBandingkan dengan mereka (kerajaan semasa) yang sudah lima tahun berkuasa, yang ada hanya pecah tanah dan pelaburan di sana dan di sini. Tetapi di mana peluang pekerjaan? Mana pelaburan yang masuk?,\u201d katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat WARISAN hari ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama ahli majlis tertinggi, ketua-ketua cabang dan wakil-wakil rakyat parti itu. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, keyakinannya menang turut bersandar kepada kejelasan suara rakyat Sabah yang mahu parti tempatan khususnya WARISAN mentadbir negeri yang bercakap selaras dengan tindakan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMereka mahu parti tempatan, bukan sekadar nama parti sahaja. Mereka tidak menilai berdasarkan kata-kata atau janji, tetapi berdasarkan perbuatan dan tindakan WARISAN. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya pernah pergi Nabawan baru-baru ini, ada penduduk kampung tegur saya. Katanya mereka, Saya pernah beri geran tanah kepada lebih 400 orang di sana. Saya sendiri pun hampir lupa hal ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cInilah buktinya, kami bukan hanya bercakap, tetapi sudah lakukan sesuatu,\u201d katanya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kata Mohd. Shafie, di peringkat Persekutuan, parti itu boleh menyokong kerajaan semasa yang memperoleh undi majoriti, namun, pentadbiran di peringkat negeri haruslah ditadbir oleh anak negeri Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni paling penting. Kami tidak mahu di akhirnya semua sumber negeri ini diambil. Petronas 95 peratus sejak 1974. Sumber kekayaan kita, anda mahu serahkan kuasa politik anda? <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cOrang Sabah mesti bangkit, ini ialah suara dan kuasa politik yang kita mesti kekalkan, jadi, walau apa pun, keputusannya, kami yakin boleh menang pilihan raya,\u201d katanya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ditanya jika WARISAN akan membentuk sekutu parti politik selepas menang pilihan raya, beliau enggan menjelasan perkara itu. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJangan buat anggapan yang pada akhirnya kita tidak ada bilangan kerusi yang cukup. Saya tidak mahu itu. Kami yakin dan bersungguh-sungguh untuk memastikan kami ada bilangan kerusi cukup untuk mentadbir Sabah. Tetapi, kami enggan terlalu selesa,\u201d katanya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, katanya, WARISAN pernah menang 29 kerusi DUN di bawah logo parti itu (32 kerusi jika dicampur WARISAN Plus) dan duluan (preseden) sudah cukup membuktikan WARISAN akan mengulangi sejarah sama dalam PRN kali ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBoleh anda bayangan kami boleh memperoleh sokongan ketika itu dengan 29 kerusi DUN?\u201d katanya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada minggu lalu dalam sesi bersama media di kediaman Mohd Shafie di sini, beliau berkata, langkah WARISAN untuk bertanding secara solo bukanlah keberanian kosong, sebaliknya maklum balas terhadap budaya politik Sabah menyaksikan sogokan berleluasa demi kepentingan peribadi sehingga menjejaskan kestabilan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau cukup tahu mengenainya setelah melalui pengalaman dalam pakatan yang rapuh dan pengkhianatan oleh kumpulan politik termasuk ahlinya sendiri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mohd Shafie juga sedar kebanyakan parti besar kini membentuk gabungan kerana menjangkakan tiada pihak yang akan menang secara sendiri dalam pilihan raya, namun, beliau tetap bertegas WARISAN perlu berdiri sendiri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">WARISAN awal bulan ini mengesahkan bertanding keseluruhan 73 kerusi DUN pada PRN kali ini yang dijangka berlangsung tahun ini.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Parti WARISAN memberi bayangan peluang parti itu untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN)&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":32102,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-32100","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32100","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32100"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32100\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32103,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32100\/revisions\/32103"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32102"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32100"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32100"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32100"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}