{"id":32126,"date":"2025-08-28T07:29:12","date_gmt":"2025-08-28T07:29:12","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=32126"},"modified":"2025-08-28T07:29:12","modified_gmt":"2025-08-28T07:29:12","slug":"peguam-ibu-zara-qairina-kecewa-pasukan-guaman-remaja-tertuduh-jadi-pihak-berkepentingan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/peguam-ibu-zara-qairina-kecewa-pasukan-guaman-remaja-tertuduh-jadi-pihak-berkepentingan\/","title":{"rendered":"Peguam ibu Zara Qairina kecewa pasukan guaman remaja tertuduh jadi pihak berkepentingan"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini membenarkan permohonan pasukan peguam mewakili Noraidah Lamat, sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues kematian anaknya, Zara Qairina Mahathir yang bermula pada Rabu depan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ini bermakna, prosiding inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina, 13, akan diteruskan seperti dijadual pada 3 dan 4 September ini di hadapan koroner baharu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hal itu selepas mahkamah menolak permohonan penangguhan inkues oleh pasukan peguam mewakili lima remaja tertuduh yang didakwa terlibat kes buli Allahyarhamah pada 20 Ogos lalu. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sehubungan itu, kebenaran itu sekaligus memberi hak kepada Noraidah untuk mengakses dokumen daripada pihak pendakwaan dan menyoal balas saksi, namun tertakluk kepada empat syarat yang ditetapkan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagaimanapun, mahkamah turut membenarkan barisan peguam mewakili kelima-lima remaja berkenaan membuat permohonan sama menjadi pihak berkepentingan dalam inkues berkenaan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pihak berkepentingan dalam prosiding mahkamah ialah orang atau pihak yang ada kaitan penting dengan kes tersebut, walaupun bukan plaintif atau defendan utama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Azreena semasa bersidang memaklumkan, Hakim koroner Amir Shah Amir Hassan akan menggantikan beliau dalam prosiding itu nanti. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Barisan peguam yang mewakili Noraidah ialah Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, dan Farrah Nasser.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pihak pendakwaan diketuai oleh Pegawai Pengendali Inkues, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan, Afiq Agoes dan Dacia Jane Romanus.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pihak kerajaan, Hal Ehwal Wanita diwakili oleh Noor Azah Abd Rahman, manakala Sabah Law Society melalui presidennya, Adrian Cham, hadir sebagai peguam pemerhati.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Peguam Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan hadir sebagai peguam pemerhati bagi kanak-kanak tertuduh pertama, manakala Azhier Farhan Arisin dan Abdul Fikry Jaafar Abdullah pula bertindak sebagai peguam pemerhati bagi kanak-kanak tertuduh kedua hingga kelima.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sementara itu, Shahlan ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihak kecewa kerana semua tertuduh dibenar sebagai pihak berkepentingan walaupun bantahan sudah dikemukakan oleh pihaknya dan Jabatan Peguam Negara (AGC). <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cWalaubagaimanapun, kami menghormati keputusan mahkamah,\u201d katanya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Shahlan berkata, dokumen berkaitan daripada pihak pendakwaan dijangka diserah selewat-lewatnya pada 2 September, manakala senarai saksi diperoleh pada keesokan harinya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sebelum ini, Koroner Azreena menetapkan prosiding inkues pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September serta 22 hingga 30 September depan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Inkues dijangka memanggil beberapa saksi penting termasuk pegawai perubatan, pakar forensik, serta individu terakhir yang dilihat bersama Zara sebelum kematiannya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pada 20 Ogos lalu lima remaja dihadapkan di mahkamah kanak-kanak, di sini, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah sekitar pukul 4 pagi pada 16 Julai lalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), Kota Kinabalu, namun disahkan meninggal dunia pada keesokannya harinya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kematian pelajar remaja itu mendapat liputan meluas termasuk di media sosial apabila ia dikaitkan dengan dakwaan perbuatan buli di sekolah terbabit.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini membenarkan permohonan pasukan peguam mewakili Noraidah Lamat, sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":31670,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-32126","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32126","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32126"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32126\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32127,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32126\/revisions\/32127"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31670"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32126"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32126"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32126"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}