{"id":32131,"date":"2025-08-28T08:32:12","date_gmt":"2025-08-28T08:32:12","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=32131"},"modified":"2025-08-28T08:32:42","modified_gmt":"2025-08-28T08:32:42","slug":"yayasan-sabah-merupakan-nadi-pembangunan-sabah-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/yayasan-sabah-merupakan-nadi-pembangunan-sabah-hajiji\/","title":{"rendered":"Yayasan Sabah merupakan nadi pembangunan Sabah &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">TAMBUNAN: Kumpulan Yayasan Sabah, dengan mandat memastikan hasil negeri dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat Sabah, telah memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri sejak ditubuhkan pada tahun 1966.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Kumpulan Yayasan Sabah bukan sekadar sebuah institusi, ia Iadalah legasi perjuangan yang diasaskan oleh pemimpin ulung negeri ini, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun pada tahun 1966.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTahun hadapan menandakan ulang tahun ke-60 Kumpulan Yayasan Sabah, dan ini merupakan pencapaian luar biasa bagi sebuah organisasi yang ditubuhkan demi rakyat,\u201d katanya di sini semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, YSBR 2025 membuktikan kerajaan negeri kekal komited turun padang bertemu rakyat di semua peringkat, dari bandar hingga ke pelosok desa, untuk memahami dan menangani keperluan sebenar rakyat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMenerusi bantuan pendidikan Yayasan Sabah, ramai anak-anak Sabah berjaya keluar daripada kitaran kemiskinan dan menjadi profesional serta pemimpin.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cInstitusi pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah iaitu Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF) menjadi platform utama dalam melahirkan generasi berpengetahuan dan berkemahiran tinggi,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Yayasan Sabah memperkenalkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, khususnya golongan B40.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cInisiatif ini membuktikan bahawa tiada seorang pun anak Sabah akan tercicir dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi hanya kerana kekangan kewangan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSejak diperkenalkan pada 2022, sebanyak RM17.8 juta telah dibelanjakan bagi TPNS, memberi manfaat kepada 10,912 pelajar,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, berkata Kumpulan Yayasan Sabah turut diiktiraf sebagai peneraju dalam pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSehingga 2025, seluas 199,146 hektar atau 94.5 peratus daripada jumlah kawasan pemuliharaan Kumpulan Yayasan Sabah seluas 210,725.6 hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas 1 (Perlindungan).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKawasan pemuliharaan seperti Lembah Danum, Banjaran Maliau, Imbak Canyon, Sungai Taliwas dan Pantai Silam, yang diiktiraf sebagai rujukan saintifik bertaraf dunia, menjadi contoh komitmen Kumpulan Yayasan Sabah dalam memelihara alam sekitar semula jadi Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUsaha pemuliharaan ini bukan sahaja tentang melindungi alam, tetapi juga mengukuhkan identiti Sabah sebagai sebuah negeri yang menghormati warisan semula jadinya untuk generasi akan datang,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji berkata, YSBR 2025 merupakan kesinambungan usaha membawa agensi, peluang dan perkhidmatan terus kepada rakyat agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAMBUNAN: Kumpulan Yayasan Sabah, dengan mandat memastikan hasil negeri dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat Sabah, telah memainkan peranan penting&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":32132,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-32131","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32131","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32131"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32131\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32133,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32131\/revisions\/32133"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32132"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32131"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32131"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32131"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}