{"id":32182,"date":"2025-08-30T06:07:26","date_gmt":"2025-08-30T06:07:26","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=32182"},"modified":"2025-08-30T06:07:26","modified_gmt":"2025-08-30T06:07:26","slug":"prn-sabah-wetrom-namakan-rusdin-dan-effry-bakal-calon-kdm-di-dun-paginatan-kundasang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/prn-sabah-wetrom-namakan-rusdin-dan-effry-bakal-calon-kdm-di-dun-paginatan-kundasang\/","title":{"rendered":"PRN Sabah: Wetrom namakan Rusdin dan effry bakal calon KDM di DUN Paginatan, Kundasang."},"content":{"rendered":"<p>TAMPARULI: Timbalan presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Wetrom Bahanda menamakan dua lagi bakal calon KDM yang akan bertanding masing-masing di DUN Paginatan dan Kundasang.<\/p>\n<p>Beliau berkata mereka ialah bekas Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Rusdin Riman dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bank Datuk Jeffry Mohd Ali yang akan bertarung di DUN Kundasang.<\/p>\n<p>DUN Paginatan kini diwakili Datuk Abidin Madingkir manakala DUN Kundasang diwakili Pemangku Presiden PBS Datuk Dr. Joachim Gunsalam.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Wetrom berkata senarai rasmi calon KDM hanya dimuktamadkan selepas DUN Sabah dibubarkan.<\/p>\n<p>&#8220;Pemilihan calon KDM bukan ditentukan oleh saya seorang, sebaliknya ia diputuskan bersama dengan ahli majlis tertinggi KDM.<\/p>\n<p>&#8220;Kita bertanding bukan untuk kepentingan peribadi&#8230;kalau mau tanding untuk mau jadi kaya, ini parti bukan tempatnya. Kita mahu bertanding kerana mahu pastikan Sabah tidak ketinggalan (dalam arus perdana pembangunan) selepas PRN,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Wetrom yang juga Pengarah Pilihan Raya KDM Sabah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santai Bersama Komuniti Tionghua di Dewan Bawing Lakang dekat sini pada malam Jumaat.<\/p>\n<p>Turut hadir pada majlis itu ialah naib presiden dan ketua penyelaras KDM Tamparuli\u00a0 Dr Gaim James Lunkapis, naib presiden Henry Saimpon, Setiausaha Agung Willie Jude, anggota AMT dan ketua- ketua penyelaras DUN.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan bahawa parti KDM, yang akan bertandin secara solo dalan PRN, bukan memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja, sebaliknya parti tempatan itu berjuang untuk semua, tanpa mengira bangsa dan agama.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Wetrom yang juga anggota Parlimen Kota Marudu mengajak kaum Tionghua di negeri ini supaya bersama-sama dalam KDM untuk mempertahankan hak-hak Sabah selaras dengan aspirasi MA63.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAMPARULI: Timbalan presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Wetrom Bahanda menamakan dua lagi bakal calon KDM yang akan bertanding&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":32183,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-32182","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32182","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32182"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32182\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32184,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32182\/revisions\/32184"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32183"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32182"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32182"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32182"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}