{"id":32371,"date":"2025-09-11T04:58:49","date_gmt":"2025-09-11T04:58:49","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=32371"},"modified":"2025-09-11T06:43:27","modified_gmt":"2025-09-11T06:43:27","slug":"pegawai-daerah-diminta-turun-padang-dekati-rakyat-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pegawai-daerah-diminta-turun-padang-dekati-rakyat-hajiji\/","title":{"rendered":"Pegawai Daerah Diminta Turun Padang, Dekati Rakyat \u2013 Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menegaskan integriti, profesionalisme dan kecekapan pentadbiran daerah menjadi kunci utama menjayakan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, pegawai daerah dan penolong pegawai daerah adalah penghubung utama kerajaan dengan rakyat, justeru mereka perlu telus, proaktif dan dekat dengan masyarakat agar projek pembangunan dapat dilaksanakan berkesan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya mahu pegawai daerah bukan sekadar menjaga amanah, tetapi memastikan setiap projek benar-benar sampai kepada rakyat dengan penuh integriti. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPermudahkan urusan rakyat dan hentikan kerenah birokrasi,\u201d katanya ketika merasmikan Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah Ke-28 di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, cabaran pentadbiran daerah semakin besar berikutan tuntutan rakyat yang meningkat serta perubahan sosio-ekonomi global yang dipacu teknologi. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pegawai daerah, katanya, perlu mendengar keluhan rakyat dan memastikan dasar kerajaan memberi impak langsung kepada kehidupan mereka.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji turut menegaskan integriti dan profesionalisme adalah tunjang pentadbiran, justeru setiap keputusan mesti berlandaskan prinsip keadilan, ketelusan dan tanggungjawab.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengulas pencapaian SMJ 1.0, beliau berkata kerajaan negeri berjaya mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar selain melaksanakan inisiatif seperti pembinaan 7,482 unit Rumah Mesra SMJ sejak 2022, dengan 4,540 unit siap dibina sehingga Ogos lalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya lagi, tiga daerah kecil iaitu Paitan, Membakut dan Sook telah dinaik taraf menjadi daerah penuh, manakala beberapa daerah kecil lain berpotensi diberi status sama jika memenuhi kriteria ditetapkan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji turut menolak dakwaan pembangkang bahawa kerajaan gagal membawa pembangunan, sebaliknya menyifatkan ia sebagai dakyah politik. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berharap persidangan kali ini mampu melahirkan resolusi praktikal selaras tema \u201cDaerah Maju, Rakyat Sejahtera\u201d.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menegaskan integriti, profesionalisme dan kecekapan pentadbiran daerah menjadi kunci utama menjayakan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":32373,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-32371","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32371","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32371"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32371\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32372,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32371\/revisions\/32372"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32373"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32371"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32371"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32371"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}