{"id":32672,"date":"2025-09-22T22:54:12","date_gmt":"2025-09-22T22:54:12","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=32672"},"modified":"2025-09-22T22:54:12","modified_gmt":"2025-09-22T22:54:12","slug":"grs-janji-lantik-wakil-rakyat-cina-sebagai-timbalan-ketua-menteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/grs-janji-lantik-wakil-rakyat-cina-sebagai-timbalan-ketua-menteri\/","title":{"rendered":"GRS janji lantik wakil rakyat Cina sebagai Timbalan Ketua Menteri"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjanji akan melantik seorang wakil rakyat daripada kaum Cina sebagai Timbalan Ketua Menteri sekiranya diberi mandat untuk kembali membentuk kerajaan negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pelantikan itu akan dibuat jika lebih ramai pemimpin Cina berjaya dipilih sebagai wakil rakyat pada pilihan raya akan datang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJika kerajaan ini sekali lagi diberi mandat, dan jika lebih ramai pemimpin Cina berjaya dipilih, saya akan melantik salah seorang daripada mereka sebagai Timbalan Ketua Menteri,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat Cina, sekolah mubaligh, sekolah swasta Cina serta badan agama bukan Islam di Dewan Hakka, di sini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hajiji turut menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa mengiktiraf peranan besar masyarakat Cina dalam pembangunan Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cTanpa sumbangan anda, ekonomi negeri tidak akan berkembang. Masyarakat Cina menyumbang dalam pelbagai bidang, termasuk sektor swasta dan perkhidmatan awam,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut beliau, ramai pegawai keturunan Cina memegang jawatan tinggi dalam kementerian, jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam usaha memperkukuh tadbir urus negeri, Hajiji memaklumkan bahawa beberapa penasihat telah dilantik, khususnya dalam bidang minyak dan gas, kewangan, pelaburan serta undang-undang \u2013 dengan kebanyakan mereka terdiri daripada individu berketurunan Cina.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Antara lantikan terbaharu ialah bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri David Wong Dak Wah yang mengetuai Majlis Penasihat Pembaharuan Undang-Undang Sabah (SLRAC).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMajlis ini akan meneliti undang-undang lapuk, mencadangkan pembaharuan yang relevan dan memastikan pentadbiran kita selaras dengan keperluan semasa,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Tambah beliau, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Sabah lebih progresif dan disegani.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjanji akan melantik seorang wakil rakyat daripada kaum Cina sebagai Timbalan Ketua Menteri sekiranya&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":32673,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-32672","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32672","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32672"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32672\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32674,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32672\/revisions\/32674"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32673"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32672"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32672"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32672"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}