{"id":32785,"date":"2025-09-29T06:08:34","date_gmt":"2025-09-29T06:08:34","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=32785"},"modified":"2025-09-29T06:55:05","modified_gmt":"2025-09-29T06:55:05","slug":"pembinaan-dewan-anak-merotai-bukti-komitmen-kerajaan-grs-liew","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pembinaan-dewan-anak-merotai-bukti-komitmen-kerajaan-grs-liew\/","title":{"rendered":"Pembinaan Dewan Anak Merotai Bukti Komitmen Kerajaan GRS \u2013 Liew"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">MEROTAI \u2013 Kelulusan beberapa projek pembangunan di kawasan Merotai membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan kebajikan rakyat luar bandar terus diberi perhatian.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah berkata, kawasan Merotai yang sebelum ini kurang mendapat perhatian kini semakin membangun hasil kelulusan beberapa projek penting.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, antara projek yang telah diluluskan ialah pemasangan lampu jalan LED solar bernilai RM2.9 juta, selain kelulusan awal RM2 juta bagi pembinaan Dewan Anak Merotai.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKos sebenar pembinaan dewan ini dianggarkan RM3.5 juta. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cNamun, kelulusan awal ini membuktikan komitmen kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, untuk membangunkan kawasan luar bandar,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah projek pembinaan Dewan Anak Merotai di sini, hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Liew yang jugakerupakan Naib Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan, pembangunan yang dilaksanakan kerajaan GRS bukan sekadar janji politik seperti sebelum ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSudah lebih 80 tahun Merotai menanti perubahan. Hari ini rakyat sendiri menyaksikan usaha kerajaan dalam membawa pembangunan ke kawasan ini,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, beliau turut memohon peruntukan tambahan sebanyak RM500,000 untuk membina Tapak Tamu Merotai bagi merancakkan aktiviti ekonomi penduduk setempat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, usaha membangunkan infrastruktur luar bandar bukan sahaja memberi keselesaan, malah membuka peluang perniagaan kepada golongan usahawan kecil.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni bukti bahawa kerajaan tidak hanya menumpukan kepada pembangunan fizikal, tetapi turut memberi fokus kepada aspek ekonomi rakyat,\u201d jelasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Liew turut menyeru generasi muda Merotai supaya bersedia menjadi pemimpin pada masa hadapan serta tidak terlalu bergantung kepada orang luar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSudah tiba masa anak jati Merotai sendiri bangkit dan membawa suara kampung ke peringkat lebih tinggi,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MEROTAI \u2013 Kelulusan beberapa projek pembangunan di kawasan Merotai membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan kebajikan rakyat luar bandar&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":32786,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-32785","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32785","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32785"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32785\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32789,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32785\/revisions\/32789"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32786"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32785"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32785"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32785"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}