{"id":33053,"date":"2025-10-12T08:33:52","date_gmt":"2025-10-12T08:33:52","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=33053"},"modified":"2025-10-12T08:33:52","modified_gmt":"2025-10-12T08:33:52","slug":"projek-naik-taraf-loji-air-kogopon-fasa-2-capai-52-peratus-kemajuan-armizan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/projek-naik-taraf-loji-air-kogopon-fasa-2-capai-52-peratus-kemajuan-armizan\/","title":{"rendered":"Projek Naik Taraf Loji Air Kogopon Fasa 2 Capai 52 Peratus Kemajuan &#8211; Armizan"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PAPAR: Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon Fasa 2 kini mencatat kemajuan 52 peratus meskipun berdepan cabaran cuaca dan gangguan struktur dalam beberapa minggu kebelakangan ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata kerja-kerja pembinaan semula telah disambung selepas tergendala selama tiga hingga empat minggu akibat hujan lebat yang turut menyebabkan kejadian runtuhan kecil di kawasan projek.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut beliau, walaupun projek terbabit berdepan kesukaran, kemajuannya tetap menunjukkan peningkatan hasil pemantauan rapi pihak berkaitan serta komitmen tenaga kerja di lapangan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSekarang kerja sudah mula semula dan pemantauan berterusan akan dilakukan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cApa yang penting, saya mempunyai rakan kerjasama yang komited di Limbahau, iaitu Datuk Juil,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam perkembangan berkaitan, Armizan turut memaklumkan bahawa projek pembinaan sistem pengambilan air (water intake) kedua di Kampung Kabang telah diambil alih sepenuhnya oleh JETAMA, syarikat milik kerajaan negeri Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, langkah itu akan mempercepat pelaksanaan projek dan Datuk Juil sendiri akan memastikan pemantauan dibuat dari peringkat awal.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cProjek ini kini dilaksanakan oleh JETAMA, sebuah GLC negeri yang diberi tanggungjawab sepenuhnya terhadap pembinaan water intake kedua itu,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Projek tersebut merupakan inisiatif bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, dengan pembiayaan menerusi pinjaman mudah yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dengan kos keseluruhan RM365 juta, projek ini dijangka meningkatkan kapasiti bekalan air bersih sehingga 80 juta liter sehari, sekali gus menyelesaikan isu bekalan air yang telah lama membelenggu kawasan Papar dan sekitarnya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAPAR: Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon Fasa 2 kini mencatat kemajuan 52 peratus meskipun berdepan cabaran cuaca&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":33054,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-33053","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33053","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33053"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33053\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33055,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33053\/revisions\/33055"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33054"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33053"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33053"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33053"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}