{"id":33253,"date":"2025-10-22T00:46:38","date_gmt":"2025-10-22T00:46:38","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=33253"},"modified":"2025-10-22T00:46:38","modified_gmt":"2025-10-22T00:46:38","slug":"sudah-48-tahun-sabah-menunggu-haknya-aktivis-gesa-agc-hormati-keputusan-mahkamah-tinggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sudah-48-tahun-sabah-menunggu-haknya-aktivis-gesa-agc-hormati-keputusan-mahkamah-tinggi\/","title":{"rendered":"\u201cSudah 48 tahun Sabah menunggu haknya\u201d \u2013 Aktivis gesa AGC hormati keputusan Mahkamah Tinggi"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) mahu merayu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuntutan 40 peratus hasil negeri disifatkan sebagai langkah yang menafikan kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia.<\/p>\n<p>Aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Nasrah, berkata keputusan mahkamah yang memihak kepada Sabah Law Society (SLS) baru-baru ini sejajar dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan prinsip pembahagian hasil yang telah dipersetujui ketika Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya AGC meneruskan rayuan, ia memberi gambaran seolah-olah Sabah tidak dianggap rakan kongsi setaraf dalam Malaysia. Ini sangat mengecewakan,\u201d katanya dalam kenyataan di sini, semalam.<\/p>\n<p>Beliau berkata, tindakan itu juga boleh menjejaskan keyakinan rakyat Sabah terhadap komitmen kerajaan Persekutuan dalam menunaikan hak negeri yang termaktub dalam MA63.<\/p>\n<p>Aksyah turut menzahirkan penghargaan terhadap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, yang secara terbuka menegaskan pendirian supaya AGC tidak meneruskan rayuan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya menyokong penuh keberanian Datuk Ewon Benedick yang tampil mempertahankan kepentingan Sabah. Tindakan beliau wajar dijadikan contoh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Aksyah menegaskan bahawa Sabah berhak menerima semula hasil tertunggak selama hampir 48 tahun memandangkan negeri itu banyak menyumbang kepada ekonomi negara melalui hasil bumi dan sumber semula jadi.<\/p>\n<p>\u201cSudah tiba masanya kerajaan Persekutuan menunaikan tanggungjawab kewangan itu. Pembayaran semula 40 peratus hasil negeri bukan sekadar tuntutan kewangan, tetapi simbol keadilan dan penghormatan terhadap Sabah,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, langkah itu akan mempercepat pembangunan negeri agar setanding dengan Sarawak dan Semenanjung serta memperkukuh perpaduan antara rakan kongsi dalam Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cReaksi positif rakyat Sabah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ini perlu dijadikan isyarat jelas kepada kerajaan Persekutuan,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) mahu merayu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuntutan 40 peratus hasil negeri disifatkan sebagai&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":14912,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-33253","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33253","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33253"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33253\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33254,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33253\/revisions\/33254"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14912"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33253"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33253"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33253"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}