{"id":33273,"date":"2025-10-23T01:14:51","date_gmt":"2025-10-23T01:14:51","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=33273"},"modified":"2025-10-23T01:14:51","modified_gmt":"2025-10-23T01:14:51","slug":"anak-sabah-sudah-bersedia-hak-40-peratus-wajar-dituntaskan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/anak-sabah-sudah-bersedia-hak-40-peratus-wajar-dituntaskan\/","title":{"rendered":"Anak Sabah Sudah Bersedia, Hak 40 Peratus Wajar Dituntaskan"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU \u2013 Kesedaran rakyat Sabah terhadap hak mutlak 40 peratus hasil bersih yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan kini semakin meningkat.<\/p>\n<p>Naib Ketua Bahagian Warisan Sepanggar, Norazmi Hj. Alimat berkata, selama ini ramai anak negeri seolah-olah \u2018dibutakan\u2019 oleh pelbagai naratif sehingga tidak memahami hak sebenar yang sepatutnya dinikmati rakyat Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cSemenjak tahun 1974 hingga 2021, anak Sabah telah terlepas peluang menikmati pembangunan setara dengan rakan mereka di Semenanjung.<\/p>\n<p>&#8220;Kita jauh ketinggalan dalam aspek fizikal, sahsiah dan emosi, sedangkan hak ini sudah termaktub dengan jelas,\u201d katanya dalam satu kenyataan, di sini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pendedahan bekas Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman pada tahun 2022 mengenai dokumen seolah-olah \u2018warta rahsia\u2019 yang menenggelamkan kepentingan Perkara 112D menjadi titik penting kebangkitan kesedaran rakyat Sabah.<\/p>\n<p>\u201cPerjuangan Parti Warisan Sabah dalam menuntut hak-hak di bawah MA63 membuka ruang kepada semua lapisan anak negeri untuk memahami hak mutlak 40 peratus ini.<\/p>\n<p>&#8220;Kita juga berterima kasih kepada Sabah Law Society (SLS) yang berani memulakan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Persekutuan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Norazmi berkata, keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Oktober lalu yang memihak kepada SLS membuktikan kerajaan Persekutuan gagal melaksanakan tanggungjawab perlembagaan terhadap Sabah.<\/p>\n<p>\u201cMahkamah telah mengesahkan bahawa Sabah sememangnya layak menikmati hak mutlak tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Ini menunjukkan isu 40 peratus bukan sekadar aspirasi, tetapi hak berperlembagaan rakyat Sabah,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan bahawa tiga warta kerajaan iaitu P.U (A) 119\/2022, P.U (A) 364\/2023 dan P.U (A) 271\/2025 yang disokong kerajaan negeri GRS kini terbukti tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Persekutuan sepatutnya menghormati keputusan mahkamah dan tidak lagi melambatkan pelaksanaan hak ini.<\/p>\n<p>&#8220;Anak Sabah sudah lama bersedia untuk menikmati hasil pembangunan yang sepatutnya menjadi milik mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Norazmi turut menyeru agar kerajaan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut demi menghormati prinsip keluhuran Perlembagaan.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya rayuan tetap dibuat, seluruh anak Sabah akan berdiri teguh bersama SLS untuk mempertahankan hak mutlak ini. Jangan berhenti percaya \u2014 Don\u2019t Stop Believing!\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU \u2013 Kesedaran rakyat Sabah terhadap hak mutlak 40 peratus hasil bersih yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan kini semakin&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":33274,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-33273","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33273","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33273"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33273\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33275,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33273\/revisions\/33275"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33274"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33273"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33273"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33273"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}