{"id":33388,"date":"2025-10-29T10:01:56","date_gmt":"2025-10-29T10:01:56","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=33388"},"modified":"2025-10-29T10:01:56","modified_gmt":"2025-10-29T10:01:56","slug":"perketat-penguatkuasaan-taska-tadika-di-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/perketat-penguatkuasaan-taska-tadika-di-sabah\/","title":{"rendered":"Perketat Penguatkuasaan Taska, Tadika di Sabah"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Tahap penguatkuasaan terhadap pengendalian taska dan tadika di Sabah perlu diperkasakan bagi menjamin keselamatan serta mutu pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini, kata Pengerusi Kolej SIDMA Sabah, Prof Dr Mornie Kambrie.<\/p>\n<p>Beliau berkata, walaupun garis panduan dan undang-undang berkaitan operasi institusi pendidikan awal sudah diwujudkan, namun pelaksanaannya di lapangan masih longgar dan tidak menyeluruh.<\/p>\n<p>Katanya, masih ada taska dan tadika beroperasi tanpa pendaftaran sah, tidak mematuhi nisbah guru kepada murid serta kurang pemantauan berkala daripada agensi berkaitan.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan ini bukan sahaja menjejaskan kualiti pembelajaran, malah turut menimbulkan risiko terhadap keselamatan kanak-kanak.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan perlu memperkukuh mekanisme pemantauan secara lebih agresif termasuk tindakan tegas terhadap pengusaha yang gagal mematuhi piawaian minimum,\u201d katanya di sini hari ini.<\/p>\n<p>Seramai 96 graduan diraikan pada majlis itu dengan 75 daripadanya menamatkan pengajian dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, diikuti lima graduan Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 11 Diploma Pengurusan dan lima Diploma Pengurusan Sukan. Majlis dirasmikan oleh Prof Dr Bustam Kamri daripada Universiti MAIWP.<\/p>\n<p>Dr Mornie menegaskan, pendidikan awal adalah asas pembentukan modal insan dan tidak boleh dikendalikan secara sambil lewa.<\/p>\n<p>Justeru, setiap taska dan tadika perlu memastikan tenaga pengajar terlatih, berdaftar serta mematuhi aspek keselamatan fizikal dan kebersihan premis.<\/p>\n<p>Beliau berkata, peningkatan penguatkuasaan bukan untuk menghukum, sebaliknya mendidik serta membimbing pengusaha ke arah memperkukuh kualiti perkhidmatan.<\/p>\n<p>Katanya, Kolej SIDMA komited melahirkan lebih ramai tenaga pengajar berkelayakan bagi menyokong usaha kerajaan meningkatkan standard pendidikan awal kanak-kanak di Sabah.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Tahap penguatkuasaan terhadap pengendalian taska dan tadika di Sabah perlu diperkasakan bagi menjamin keselamatan serta mutu pendidikan awal&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":33389,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-33388","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33388","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33388"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33388\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33390,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33388\/revisions\/33390"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33389"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33388"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33388"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33388"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}