{"id":33445,"date":"2025-11-01T09:30:30","date_gmt":"2025-11-01T09:30:30","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=33445"},"modified":"2025-11-01T09:30:30","modified_gmt":"2025-11-01T09:30:30","slug":"tanah-untuk-anak-cucu-bukan-untuk-dijual-tegas-liew-yun-fah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tanah-untuk-anak-cucu-bukan-untuk-dijual-tegas-liew-yun-fah\/","title":{"rendered":"Tanah Untuk Anak Cucu, Bukan Untuk Dijual \u2013 Tegas Liew Yun Fah"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">MEROTAI: Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah, menegaskan bahawa rakyat Sabah, khususnya masyarakat luar bandar, perlu mempertahankan tanah pusaka dan tanah kampung untuk diwarisi\u00a0 generasi akan datang.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, tanah bukan sekadar harta fizikal, tetapi juga lambang maruah, identiti dan kesinambungan hidup rakyat Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cOleh itu, beliau mengingatkan agar penduduk tidak mudah tergoda menjual tanah mereka kepada pihak luar yang hanya mementingkan keuntungan jangka pendek.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJangan jual tanah yang telah menjadi hak milik keluarga kita. Tanah inilah tempat kita mencari rezeki, membina rumah, dan mewariskannya kepada anak cucu. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKalau kita jual, bukan sahaja kita hilang tanah, tapi kita juga hilang akar dan identiti kita sendiri,\u201d katanya dalam satu majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Iban, Merotai, di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Liew yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah menambah, perjuangan mempertahankan hak milik tanah rakyat adalah antara agenda utama perjuangan PHRS sejak parti itu ditubuhkan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menegaskan bahawa partinya tidak akan berdiam diri apabila hak rakyat tergadai akibat kelemahan pentadbiran atau ketidaktelusan dalam pengurusan tanah negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, PHRS akan terus memberi tekanan kepada pihak kerajaan negeri agar proses pewartaan tanah kampung di seluruh Sabah dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan telus.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita akan pastikan tanah di Kampung Iban dapat diwartakan dan diserahkan kepada penduduk kampung. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni hak rakyat yang tidak boleh dinafikan. Sebahagian kawasan telah diluluskan sebagai Tanah Warta Kampung, dan saya mahu pastikan baki kawasan lain juga mendapat pengiktirafan yang sama,\u201d tegas beliau.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau menjelaskan bahawa apabila sesuatu kawasan telah diwartakan sebagai Tanah Warta Kampung, penduduk bukan sahaja mendapat jaminan hak milik yang sah, tetapi mereka juga akan mendapat manfaat daripada pelbagai program pembangunan kerajaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cApabila tanah sudah diwartakan, barulah kerajaan boleh menyalurkan peruntukan dengan lebih mudah \u2014 untuk membina jalan raya, menambah baik bekalan air dan elektrik, serta membangunkan projek pertanian dan ekonomi komuniti,\u201d jelasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam masa yang sama, Liew menyeru rakyat agar lebih peka terhadap isu tanah adat dan dasar pembangunan negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni supaya mereka tidak mudah dipermainkan oleh pihak tertentu yang hanya datang mencari sokongan ketika musim pilihan raya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJangan salah pilih pemimpin. Pilihlah mereka yang benar-benar berjuang untuk rakyat, bukan yang hanya muncul bila tiba masa pilihan raya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya bukan turun padang bermusim, saya bersama rakyat sepanjang masa,\u201d ujarnya disambut sorakan dan tepukan gemuruh daripada penduduk.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Tambah beliau, perjuangan mempertahankan tanah bukan hanya soal politik, tetapi soal tanggungjawab sosial dan moral terhadap masa depan rakyat Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKalau kita biarkan tanah kita tergadai, generasi akan datang akan hidup merempat di tanah sendiri. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebab itu saya menyeru agar kita semua bersatu menjaga hak kita, dan jangan biarkan orang luar mengambil kesempatan,\u201d katanya lagi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Liew turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh penduduk Kampung Iban atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berjanji akan terus turun padang untuk mendengar masalah rakyat dan membawa suara mereka ke peringkat negeri serta kebangsaan. <\/span>Saya percaya jika rakyat bersatu, suara kita akan lebih kuat.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPHRS akan terus menjadi wadah perjuangan rakyat Sabah \u2014 untuk tanah, untuk masa depan, dan untuk generasi yang akan datang,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MEROTAI: Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah, menegaskan bahawa rakyat Sabah, khususnya masyarakat luar bandar,&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":33446,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-33445","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33445","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33445"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33445\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33447,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33445\/revisions\/33447"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33446"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33445"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33445"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33445"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}