{"id":3355,"date":"2021-07-24T04:12:07","date_gmt":"2021-07-24T04:12:07","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=3355"},"modified":"2021-07-24T04:12:46","modified_gmt":"2021-07-24T04:12:46","slug":"ahli-parlimen-kembali-bersidang-isnin-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ahli-parlimen-kembali-bersidang-isnin-ini\/","title":{"rendered":"Ahli Parlimen kembali bersidang Isnin ini"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Isnin ini, Ahli-ahli Parlimen akan kembali ke bangunan Parlimen bagi menghadiri sidang khas Dewan Rakyat\u00a0selepas persidangan ditangguhkan sejak awal tahun ekoran pandemik COVID-19 yang kini hampir mencecah 1 juta kes.<\/p>\n<p>Buat pertama kali untuk tahun ini Ahli Parlimen akan berkumpul di bawah satu bumbung bagi mendengar penerangan, mengajukan soalan\u00a0dan membahaskan beberapa perkara berkaitan Proklamasi Darurat dan langkah-langkah kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.<\/p>\n<p>Persidangan lima hari mulai 26 Julai itu dilaksanakan secara bersemuka dengan kehadiran semua Ahli Parlimen di dalam dewan, tetapi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dua lapis selain menjalani ujian saringan COVID-19 adalah antara perkara yang wajib dipatuhi oleh Ahli Dewan Rakyat, petugas Parlimen dan media.<\/p>\n<p>Persidangan Parlimen belum diadakan tahun ini berikutan perisytiharan darurat untuk seluruh negara pada 12 Jan dan berkuat kuasa hingga 1 Ogos dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Bagaimanapun pada Jun,\u00a0Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahas Ahli-ahli Dewan Rakyat.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<div class=\"mx-auto mt-3\">\n<div id=\"bernama_mb_mid1\"><\/div>\n<\/div>\n<p>Pada 5\u00a0Julai, kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan khas Dewan Rakyat bagi penggal ketiga diadakan selama lima hari pada 26, 27, 28 dan 29 Julai serta 2 Ogos manakala persidangan Dewan Negara ditetapkan pada 3 hingga 5 Ogos.<\/p>\n<p>Persidangan khas Parlimen adalah mesyuarat yang diadakan semasa Majlis dalam tangguhan dan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Peraturan 11 (3) urusan-urusan mesyuarat itu\u00a0 hendaklah ditetapkan oleh Perdana Menteri dan pemberitahuan berkenaan urusan itu hendaklah dihantar kepada ahli-ahli tidak lewat daripada masa hendak diadakan mesyuarat itu.<\/p>\n<p>Mesyuarat Khas\u00a0Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 itu juga berbeza dengan mesyuarat penggal biasa antaranya tanpa istiadat\u00a0pembukaan oleh\u00a0Yang di-Pertuan Agong,\u00a0perbahasan rang undang-undang dan sesi soal jawab lisan.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>Sebaliknya, urusan-urusan mesyuarat khas itu\u00a0adalah bagi membentangkan\u00a0Proklamasi Darurat serta Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat itu mengikut Perkara 150 (3)\u00a0 Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Turut dijadualkan adalah pembentangan Proklamasi Darurat (mengenai Pilihan Raya Parlimen Gerik, Perak, Pilihan Raya Negeri Bugaya, Sabah) serta\u00a0penerangan daripada menteri-menteri berhubung Pelan Pemulihan Negara, program vaksinasi,\u00a0pelaksanaan darurat dan pakej-pakej bantuan ekonomi.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri\u00a0(Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri\u00a0Takiyuddin Hassan dilapor berkata Ahli-ahli Parlimen boleh meminta penjelasan dan memberikan pandangan mereka pada persidangan khas itu dan tidak timbul isu penerangan oleh sebelah pihak sahaja.<\/p>\n<p>Sidang khas Parlimen sebelum ini pernah diadakan antaranya berkenaan isu Gaza pada 12 Jan 2009, isu MH17 pada 23 Julai 2014 dan Isu\u00a0Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 26 dan 27 Jan 2016.<\/p>\n<p>Persidangan khas kali ini turut menarik perhatian apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berada di kerusi \u2018nombor dua\u2019 selepas dilantik Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai.<\/p>\n<p>Pada sidang khas ini juga empat Ahli Parlimen Bebas sebelum ini termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir sebagai ahli Pejuang selepas parti itu didaftar secara rasmi pada 8 Julai.<\/p>\n<p>Bagi media pula, walaupun kehadiran secara fizikal di bangunan Parlimen adalah terhad disebabkan kekangan wabak COVID-19, Parlimen akan memperkenal dan menyediakan kemudahan platform sidang media secara hibrid dan sesi temu bual interaktif secara ekslusif dengan Ahli-ahli Dewan Rakyat melalui aplikasi Zoom.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 dijadual bermula pada\u00a06 hingga 30 Sept selama 15 hari dengan istiadat pembukaan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong manakala Mesyuarat Kedua dijadual selama 32 hari bermula 25 Okt hingga 16 Dis.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Isnin ini, Ahli-ahli Parlimen akan kembali ke bangunan Parlimen bagi menghadiri sidang khas Dewan Rakyat\u00a0selepas persidangan ditangguhkan sejak&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":3357,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-3355","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3355","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3355"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3355\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3356,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3355\/revisions\/3356"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3357"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3355"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3355"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3355"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}