{"id":33824,"date":"2025-11-19T00:54:43","date_gmt":"2025-11-19T00:54:43","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=33824"},"modified":"2025-11-19T00:54:43","modified_gmt":"2025-11-19T00:54:43","slug":"bung-moktar-meludah-ke-langit-jatuh-ke-muka-sendiri-armizan-jawab-dakwaan-grs-gagal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/bung-moktar-meludah-ke-langit-jatuh-ke-muka-sendiri-armizan-jawab-dakwaan-grs-gagal\/","title":{"rendered":"Bung Moktar \u2018meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri\u2019 \u2013 Armizan jawab dakwaan GRS gagal"},"content":{"rendered":"<p>TAWAU: Tuduhan Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai \u201cpaling gagal di dunia\u201d disifatkan sebagai kenyataan yang memakan diri sendiri.<\/p>\n<p>Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata dakwaan itu tidak berasas kerana hakikatnya Sabah kehilangan dua tahun awal pentadbiran (2021\u20132022) ketika Bung menerajui Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah.<\/p>\n<p><strong>Dua tahun tanpa projek utama air<\/strong><\/p>\n<p>Menurut Armizan, sepanjang tempoh Bung mengetuai KKR, isu air dan elektrik terus membebankan rakyat, namun tiada projek penstabilan besar dilaksanakan.<\/p>\n<p>\u201cSelama dua tahun beliau di KKR, tiada satu pun projek utama bekalan air yang digerakkan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Projek Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 2 di Tawau hanya bermula pada 22 Julai 2025, selepas Bung tidak lagi memegang portfolio tersebut. Projek itu dijangka siap pada 22 Julai 2028.<\/p>\n<p>Di Papar pula, Projek Naik Taraf LRA Kogopon, yang sudah lama dirancang, hanya dimulakan pada Ogos 2023 selepas Datuk Shahelmey Yahya mengambil alih sebagai Menteri Kerja Raya Sabah.<\/p>\n<p><strong>Projek sudah dirancang, hanya menunggu pelaksanaan<\/strong><\/p>\n<p>Armizan berkata, projek-projek berkenaan sebenarnya telah berada dalam perancangan, justeru tidak wajar Bung menuding jari kepada pihak lain apabila penggantinya berjaya menggerakkannya.<\/p>\n<p>Kerajaan GRS turut merancang pembangunan LRA Balung II yang dijadual bermula pada 2026.<\/p>\n<p><strong>Isu elektrik masih bawah kuasa Persekutuan<\/strong><\/p>\n<p>Dalam isu elektrik, Armizan menjelaskan bahawa kuasa kawal selia elektrik hanya dikembalikan kepada Sabah pada 3 Januari 2024, selepas 41 tahun berada di bawah Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, adalah tidak wajar kelemahan bekalan elektrik pada tempoh itu dibebankan sepenuhnya kepada Kerajaan GRS kerana Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) masih dikuasai Kerajaan Pusat melalui TNB.<\/p>\n<p>Armizan turut mendakwa Bung mencadangkan dua Ketua Bahagian UMNO dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SESB melalui Menteri Tenaga ketika itu.<\/p>\n<p>\u201cApa peranan dan pencapaian mereka dalam membantu menyelesaikan isu elektrik? Jelas mereka juga tidak menunjukkan hasil,\u201d katanya.<\/p>\n<p><strong>Projek stabilisasi elektrik mula bergerak selepas 2024<\/strong><\/p>\n<p>Armizan berkata, selepas kuasa kawal selia elektrik dikembalikan kepada Sabah dan UMNO tidak lagi berada dalam Kerajaan Sabah, beberapa projek penstabilan bekalan elektrik mula dilaksanakan.<\/p>\n<p>Antaranya ialah Projek Rangkaian Grid Pantai Timur Southern Link Fasa 1 yang bermula pada 2024.<\/p>\n<p>\u201cSelepas perubahan pentadbiran berlaku, barulah banyak projek penstabilan air dan elektrik dapat dimulakan,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TAWAU: Tuduhan Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai \u201cpaling gagal di dunia\u201d disifatkan sebagai&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":33825,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-33824","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33824","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33824"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33824\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33826,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33824\/revisions\/33826"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33825"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33824"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33824"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33824"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}