{"id":3403,"date":"2021-07-27T06:26:08","date_gmt":"2021-07-27T06:26:08","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=3403"},"modified":"2021-07-27T06:26:08","modified_gmt":"2021-07-27T06:26:08","slug":"wanita-bersalin-atas-bot-penambang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wanita-bersalin-atas-bot-penambang\/","title":{"rendered":"Wanita bersalin atas bot penambang"},"content":{"rendered":"<p>Kota Kinabalu: Tindakan pantas pasukan polis berjaya menyelamat nyawa seorang wanita bersama bayinya yang baru dilahirkan di atas bot penambang di Jeti Penambang dekat Safma, di sini, malam tadi.<\/p>\n<p>Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, wanita berusia lingkungan 30-an yang tinggal di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini, dikatakan terpaksa dibawa menaiki bot selepas mengadu sakit mahu bersalin.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, wanita terbabit tidak dapat menahan dan terus melahirkan anak di atas bot penambang berkenaan. Laporan Portal Harian metro hari ini.<\/p>\n<p>Kehadiran mereka di jeti pasar berkenaan menarik perhatian pasukan polis yang sedang berkawal berikutan kawasan Pulau Gaya diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).<\/p>\n<p>Sebaik diperiksa, pasukan polis dimaklumkan mengenai kelahiran itu dan mereka mengangkat wanita dan bayinya ke atas jeti.<\/p>\n<p>Pasukan polis yang diketuai Asisten Superintendan Johri Rubinsin bersama dua anggota polis dan Rela menghubungi talian kecemasan 999 sebelum disambungkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).<\/p>\n<p>Johri yang memeriksa wanita itu memaklumkan kepada doktor bertugas bahawa keadaannya sudah kelesuan dipercayai akibat kehilangan banyak darah, selain bayi yang masih bersambung dengan uri pada tali pusat.<\/p>\n<p>Doktor kemudian meminta Johri mengikat uri bayi bagi mengelakkan jangkitan kuman sementara menunggu kehadiran ambulans .<\/p>\n<p>Keadaan lebih terkawal selepas ketibaan pasukan paramedik HQE I yang kemudiannya memberikan rawatan awal sebelum membawa wanita terbabit bersama anaknya ke hospital.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, wanita terbabit kini berada dalam keadaan selamat di HQEI bersama bayi perempuannya.<\/p>\n<p>Katanya, IPD Kota Kinabalu juga ingin menjadikan bayi itu sebagai anak angkat.<\/p>\n<p>&#8220;IPD Kota Kinabalu juga merancang untuk melawatnya di hospital namun tertakluk kepada kebenaran pihak HQEI,&#8221; katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kota Kinabalu: Tindakan pantas pasukan polis berjaya menyelamat nyawa seorang wanita bersama bayinya yang baru dilahirkan di atas bot penambang&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":3404,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-3403","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3403","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3403"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3403\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3405,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3403\/revisions\/3405"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3404"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3403"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3403"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3403"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}