{"id":34328,"date":"2025-12-18T02:33:16","date_gmt":"2025-12-18T02:33:16","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=34328"},"modified":"2025-12-18T02:33:16","modified_gmt":"2025-12-18T02:33:16","slug":"umno-putatan-gesa-sabah-teliti-isu-uec-jangan-terburu-buru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/umno-putatan-gesa-sabah-teliti-isu-uec-jangan-terburu-buru\/","title":{"rendered":"UMNO Putatan gesa Sabah teliti isu UEC, jangan terburu-buru"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU: Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffrey Nor Mohamed menggesa kerajaan negeri Sabah agar tidak terburu-buru mengangkat Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat dalam urusan sumber manusia dan bidang berkaitan di negeri ini.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Menurutnya, ini kerana kerajaan perlu meneliti isu itu secara menyeluruh dari sudut perlembagaan, dasar pendidikan serta perpaduan nasional.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cSebarang pertimbangan terhadap pengiktirafan UEC perlu berpaksikan perundangan sedia ada, khususnya Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963\/67.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIni kerana perkara tersebut tidak boleh dipisahkan daripada objektif pembinaan jati diri kebangsaan,\u201dkatanya dalam kenyataan media hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau mengulas kenyataan pandangan ADUN Likas, Tham Yun Fook, yang juga bekas pegawai kanan Jabatan Pendidikan, ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berakhir semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Jeffrey berkata, latar belakang Tham dalam sektor pendidikan seharusnya menjadikan isu ini dibincangkan secara lebih berhati-hati dan berasaskan kerangka undang-undang negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Jeffrey turut mengaitkan perbahasan mengenai UEC dengan insiden baru-baru ini yang menyaksikan seorang ADUN gagal bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik dalam sidang rasmi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cIni secara langsung mencerminkan kelemahan jangka panjang dalam pendekatan pendidikan yang tidak menitikberatkan bahasa kebangsaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cDasar pendidikan bukan sekadar untuk melahirkan pelajar berilmu, tetapi juga alat penyatuan masyarakat berbilang kaum dan pembentukan semangat nasional,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Beliau berpandangan bahawa keutamaan sebenar kerajaan negeri seharusnya tertumpu kepada isu asas pendidikan di Sabah, termasuk keadaan banyak sekolah kebangsaan yang masih daif dan kekurangan kemudahan asas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">\u201cJika asas pembelajaran seperti prasarana dan persekitaran sekolah masih bermasalah, perbahasan mengenai pengiktirafan sijil akan terus terpisah daripada realiti di lapangan,\u201d jelas Jeffrey.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Walaupun tidak menolak kewujudan sekolah persendirian, Jeffrey memberi amaran agar sistem pendidikan tidak menjadi faktor yang memperluaskan jurang pemisahan sosial dan budaya dalam masyarakat majmuk di negeri itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Mengulas lanjut, beliau mencadangkan agar isu pengiktirafan UEC diputuskan melalui keputusan mahkamah berasaskan Perlembagaan Persekutuan, sambil menegaskan bahawa keputusan kehakiman merupakan autoriti tertinggi yang wajar dijadikan rujukan muktamad.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s2\">Jeffrey turut menegaskan keperluan satu keputusan tuntas dibuat segera bagi mengelakkan isu UEC terus menjadi polemik politik berpanjangan yang boleh mengelirukan rakyat dan menjejaskan fokus terhadap isu pendidikan sebenar.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffrey Nor Mohamed menggesa kerajaan negeri Sabah agar tidak terburu-buru mengangkat Sijil Peperiksaan Bersepadu&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":33241,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-34328","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34328","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34328"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34328\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34329,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34328\/revisions\/34329"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33241"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34328"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34328"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34328"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}