{"id":34479,"date":"2025-12-28T09:08:36","date_gmt":"2025-12-28T09:08:36","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=34479"},"modified":"2025-12-28T09:08:36","modified_gmt":"2025-12-28T09:08:36","slug":"wanita-maut-lima-cedera-kemalangan-dua-kenderaan-di-silam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wanita-maut-lima-cedera-kemalangan-dua-kenderaan-di-silam\/","title":{"rendered":"Wanita maut, lima cedera kemalangan dua kenderaan di Silam"},"content":{"rendered":"<p data-start=\"107\" data-end=\"169\">LAHAD DATU: Seorang wanita berusia 50 tahun maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Silam, sebelum Sekolah Kebangsaan (SK) Silam, di sini, petang semalam.<\/p>\n<p data-start=\"381\" data-end=\"524\">Dalam kejadian kira-kira jam 2.29 petang itu, kemalangan membabitkan sebuah Toyota Fortuner dan sebuah Perodua Axia yang dipercayai bertembung.<\/p>\n<p data-start=\"526\" data-end=\"775\">Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, PBK I Mohamud Bin Punya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui NG999 sebelum tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 24 kilometer dari balai.<\/p>\n<p data-start=\"777\" data-end=\"962\">\u201cSetibanya jentera bomba pada jam 2.52 petang, didapati terdapat enam mangsa terbabit. Seorang mangsa tersepit di dalam Toyota Fortuner berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,\u201d katanya.<\/p>\n<p data-start=\"964\" data-end=\"1085\">Menurutnya, mangsa yang tersepit itu dihantar ke Hospital Lahad Datu menggunakan jentera EMRS Bomba untuk rawatan lanjut.<\/p>\n<p data-start=\"1087\" data-end=\"1293\">Bagaimanapun, seorang wanita berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.<\/p>\n<p data-start=\"1295\" data-end=\"1502\">\u201cSelain itu, tiga mangsa wanita mengalami cedera ringan dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM, manakala seorang lagi mangsa lelaki yang juga pemandu Toyota Fortuner turut cedera ringan,\u201d katanya.<\/p>\n<p data-start=\"1504\" data-end=\"1592\">Maklumat mengenai mangsa dari kenderaan Perodua Axia bagaimanapun tidak dapat diperoleh.<\/p>\n<p data-start=\"1594\" data-end=\"1770\">Operasi menyelamat berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.20 petang dan ditamatkan sembilan minit kemudian selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.<\/p>\n<p data-start=\"1772\" data-end=\"1884\">Turut berada di lokasi ialah dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua petugas KKM bagi membantu operasi.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LAHAD DATU: Seorang wanita berusia 50 tahun maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":34480,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-34479","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34479","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34479"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34479\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34481,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34479\/revisions\/34481"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34480"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34479"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34479"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34479"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}