{"id":3474,"date":"2021-07-30T06:51:12","date_gmt":"2021-07-30T06:51:12","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=3474"},"modified":"2021-07-30T06:51:12","modified_gmt":"2021-07-30T06:51:12","slug":"ahli-parlimen-umno-diminta-jarakkan-diri-daripada-terheret","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ahli-parlimen-umno-diminta-jarakkan-diri-daripada-terheret\/","title":{"rendered":"Ahli Parlimen UMNO diminta jarakkan diri daripada terheret"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen UMNO mesti menjarakkan diri daripada terheret dalam krisis di antara kerajaan Perikatan Nasional dengan Istana Negara atau Raja-raja Melayu.<\/p>\n<p>Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata 38 Ahli Parlimen daripada parti berkenaan tidak boleh berada dalam kedudukan dan pendirian yang boleh ditafsirkan sebagai menyanggah teguran Istana Negara.<\/p>\n<p>Katanya, hal itu kerana perlembagaan UMNO tersemat ikrar untuk menzahirkan ketaatan dan mempertahan institusi Raja-raja Melayu.<\/p>\n<p>&#8220;Saya menggesa kebijaksaan dan hikmah semua Ahli Parlimen UMNO untuk melakukan perkara yang benar dan selari pendirian parti,&#8221; katanya hari ini.<\/p>\n<p>Mohamad berpendapat, jawapan balas kerajaan terhadap kenyataan Istana Negara, semalam mengusutkan lagi keadaan, selain menyebabkan Malaysia terjerumus dalam krisis Perlembagaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pendirian rasmi UMNO sudah dinyatakan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kelmarin.<\/p>\n<p>&#8220;Semua ahli dan pendokong setia parti, walau apa pun kedudukan, jawatan dan pangkat mereka di dalam dan di luar kerajaan, wajib akur serta patuh terhadap pendirian itu.<\/p>\n<p>&#8220;Pendirian rasmi UMNO ialah keputusan kolektif parti. Ia selari dengan suara akar umbi di Perhimpunan Agung UMNO, dan diperhalusi serta diabsahkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi 7 Julai lalu.<\/p>\n<p>&#8220;Susulan pencerahan Istana Negara semalam, bertambah kukuh lagi kebenaran pendirian parti. Kerajaan jelas membelakangkan institusi diraja, melakukan tindakan tidak berperlembagaan dan tidak berlaku benar di Parlimen yang mulia,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Mohamad berkata, Ahli Parlimen UMNO dan anggota parti perlu selalu bermuhasabah, sentiasa sedar dan arif mengenai asal usul mereka.<\/p>\n<p>Beliau mengingatkan mereka supaya tidak menjadi seperti kata pepatah, &#8216;diberi berkuku, hendak mencengkam&#8217;.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen UMNO mesti menjarakkan diri daripada terheret dalam krisis di antara kerajaan Perikatan Nasional dengan Istana&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":1630,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-3474","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3474","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3474"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3474\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3475,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3474\/revisions\/3475"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1630"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3474"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3474"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3474"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}