{"id":34881,"date":"2026-01-19T02:26:40","date_gmt":"2026-01-19T02:26:40","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=34881"},"modified":"2026-01-19T02:26:40","modified_gmt":"2026-01-19T02:26:40","slug":"dcmm-mlbb-championship-lonjak-potensi-e-sukan-belia-moyog","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dcmm-mlbb-championship-lonjak-potensi-e-sukan-belia-moyog\/","title":{"rendered":"DCMM MLBB Championship lonjak potensi e-sukan belia Moyog"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PENAMPANG : Penganjuran Final Datuk Ceasar Mandela Malakun (DCMM) Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Championship dilihat sebagai langkah strategik dalam melahirkan bakat e-sukan serta membina disiplin dan perpaduan belia di kawasan Moyog.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun berkata, kejohanan itu bukan sekadar pertandingan permainan digital, sebaliknya satu platform pembangunan belia yang memberi pendedahan kepada nilai profesionalisme, kerjasama berpasukan dan semangat kesukanan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSejak Ogos hingga Oktober 2025, kejohanan ini menjelajah 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh Moyog melalui empat siri pertandingan dan melibatkan lebih 100 belia,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengurus Besar ITCC Shopping Mall, Benjamin Malakun, pada majlis final yang berlangsung di ITCC Shopping Mall, di sini, semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut Mandela yang juga Ketua Bahagian PGRS Moyog, program itu dihentikan sementara bagi menghormati proses demokrasi sempena Pilihan Raya Negeri Sabah pada November lalu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIa kemudiannya diteruskan semula selari dengan pembentukan Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),\u201d jelasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pemuda PGRS Moyog yang diketuai Ketua Pemudanya, Lee Ka Lik, serta seluruh jawatankuasa penganjur atas komitmen tinggi menjayakan kejohanan berkenaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPenganjuran ini membuktikan keupayaan belia tempatan mengendalikan acara berskala besar secara tersusun dan profesional,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, Benjamin berkata ITCC Shopping Mall komited untuk terus menyokong program pembangunan belia dan e-sukan, termasuk menjadikan DCMM MLBB Championship sebagai acara tahunan di daerah Moyog dan Penampang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kejohanan itu turut mencuri perhatian apabila menerima penyertaan pasukan orang kurang upaya (OKU) pendengaran, sekali gus menyerlahkan sifat inklusif e-sukan yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kekangan fizikal.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengulas perkembangan industri e-sukan, Mandela berkata bidang itu kini berkembang pesat dan menawarkan pelbagai peluang kerjaya termasuk sebagai atlet profesional, jurulatih, penganalisis, pencipta kandungan digital serta penganjur acara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cE-sukan bukan lagi sekadar hiburan, sebaliknya satu industri global yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA dan Sukan Asia, sekali gus membuka laluan baharu kepada belia untuk membina masa depan,\u201d katanya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG : Penganjuran Final Datuk Ceasar Mandela Malakun (DCMM) Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Championship dilihat sebagai langkah strategik dalam&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":34882,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-34881","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34881","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34881"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34881\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34883,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34881\/revisions\/34883"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34882"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34881"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34881"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34881"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}