{"id":35080,"date":"2026-01-29T01:14:07","date_gmt":"2026-01-29T01:14:07","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=35080"},"modified":"2026-01-29T01:14:07","modified_gmt":"2026-01-29T01:14:07","slug":"kemasukan-awal-darjah-satu-progresif-di-atas-kertas-sistem-belum-bersedia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kemasukan-awal-darjah-satu-progresif-di-atas-kertas-sistem-belum-bersedia\/","title":{"rendered":"Kemasukan awal Darjah Satu: Progresif di atas kertas, sistem belum bersedia"},"content":{"rendered":"<p>Oleh Dr Juppri Bacotang, Universiti Malaysia Sabah.<\/p>\n<p>KOTA KINABALU: Dasar kemasukan kanak-kanak berumur enam tahun ke Darjah Satu mulai 2027 dilihat sebagai langkah progresif.<\/p>\n<p>Namun, realitinya sistem pendidikan negara khususnya di Sabah masih belum benar-benar bersedia untuk melaksanakannya secara menyeluruh.<\/p>\n<p>Jurang akses kepada pendidikan awal kanak-kanak masih ketara, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.<\/p>\n<p>Ramai kanak-kanak tidak mengikuti prasekolah berkualiti, malah ada yang tidak pernah menerima pendidikan awal formal.<\/p>\n<p>Keadaan ini berisiko memberi kelebihan kepada kanak-kanak bandar dan sekali gus memperkukuh ketidaksamaan pendidikan.<\/p>\n<p>Dasar ini juga mudah disalah tafsir sebagai ukuran kecerdasan akademik kanak-kanak.<\/p>\n<p>Pendidikan awal seharusnya menumpukan pembangunan emosi, sosial dan sahsiah, bukan sekadar mempercepatkan penguasaan membaca dan mengira.<\/p>\n<p>Tanpa garis panduan penilaian kesediaan yang jelas, tekanan ibu bapa boleh menggantikan pertimbangan perkembangan sebenar kanak-kanak.<\/p>\n<p>Sekolah luar bandar dan pedalaman di Sabah masih berdepan kekurangan guru terlatih serta kemudahan asas.<\/p>\n<p>Kemasukan murid lebih muda tanpa penambahan guru dan pengurangan nisbah murid kepada guru hanya akan meningkatkan beban tugas pendidik serta mendedahkan murid kepada tekanan emosi dan risiko keciciran secara senyap.<\/p>\n<p>Implikasi kewangan dasar ini jarang dibincangkan secara terbuka. Pelaksanaan kemasukan awal memerlukan pelaburan besar dalam latihan guru, infrastruktur dan bahan pembelajaran sesuai umur.<\/p>\n<p>Tanpa komitmen kewangan yang jelas, dasar ini berisiko menjadi eksperimen pendidikan yang menjejaskan kanak-kanak paling rentan.<\/p>\n<p>Kesimpulannya, isu utama bukan umur kemasukan ke Darjah Satu, tetapi kesiapsiagaan sistem pendidikan.<\/p>\n<p>Tanpa peluasan prasekolah berkualiti, bilangan guru mencukupi dan sokongan sumber yang kukuh, dasar ini berpotensi membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Dr Juppri Bacotang, Universiti Malaysia Sabah. KOTA KINABALU: Dasar kemasukan kanak-kanak berumur enam tahun ke Darjah Satu mulai 2027&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":35081,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[17],"tags":[],"class_list":["post-35080","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35080","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35080"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35080\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35082,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35080\/revisions\/35082"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35081"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35080"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35080"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35080"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}