{"id":35147,"date":"2026-02-01T03:18:58","date_gmt":"2026-02-01T03:18:58","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=35147"},"modified":"2026-02-01T03:18:58","modified_gmt":"2026-02-01T03:18:58","slug":"aktiviti-riadah-satukan-komuniti-cetus-ekonomi-baharu-shahelmey","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/aktiviti-riadah-satukan-komuniti-cetus-ekonomi-baharu-shahelmey\/","title":{"rendered":"Aktiviti riadah satukan komuniti, cetus ekonomi baharu \u2013 Shahelmey"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">PUTATAN: Aktiviti riadah setempat bukan sekadar mengisi masa lapang, malah berpotensi menjadi pemangkin kepada perpaduan masyarakat dan pencetus idea ekonomi baharu di peringkat komuniti.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya berkata, penyertaan masyarakat dalam aktiviti riadah mampu membuka ruang kepada perkongsian idea sekali gus mewujudkan peluang menjana pendapatan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, banyak aktiviti riadah yang dianjurkan di peringkat komuniti kini menunjukkan impak positif, termasuk membantu meningkatkan ekonomi setempat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cApabila masyarakat bersatu melalui aktiviti riadah, pelbagai idea baharu boleh lahir dan seterusnya diterjemahkan kepada aktiviti ekonomi yang memberi manfaat bersama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cInilah kekuatan perpaduan yang perlu kita manfaatkan untuk membina komuniti yang lebih berdaya saing pada masa hadapan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian selepas merasmikan program ramah mesra bersama peserta Jom Memancing di Jeti Konkrit Kampung Tanjung Aru, di sini, malam Sabtu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Program anjuran Kelab Komuniti Belia Tanjung Aru dengan kerjasama Belia Masjid Al-Khauthar itu disertai kira-kira 50 peserta terdiri daripada penduduk setempat dan peminat aktiviti memancing.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengulas mengenai program berkenaan, Shahelmey berkata aktiviti sedemikian bukan sahaja mengeratkan hubungan komuniti, malah berpotensi menarik kehadiran pelancong.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cProgram seperti ini memberi nilai tambah kepada kawasan setempat. Lokasi menarik seperti Jeti Konkrit Kampung Tanjung Aru berpotensi menjadi tarikan pelancongan, khususnya kepada kaki pancing,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Tambah beliau, usaha komuniti belia menganjurkan aktiviti riadah seumpama itu wajar diberi sokongan kerana selari dengan trend semasa dan minat masyarakat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya; Pegawai Khas (Pentadbiran dan Operasi) Parlimen Putatan, Mahadzir Abd Majid serta Pengerusi Kelab Komuniti Belia Tanjung Aru, Mohd Shukry Abdul Kadir.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTATAN: Aktiviti riadah setempat bukan sekadar mengisi masa lapang, malah berpotensi menjadi pemangkin kepada perpaduan masyarakat dan pencetus idea ekonomi&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":35148,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-35147","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35147","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35147"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35147\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35149,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35147\/revisions\/35149"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35148"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35147"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35147"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35147"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}