{"id":3517,"date":"2021-08-02T11:45:18","date_gmt":"2021-08-02T11:45:18","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=3517"},"modified":"2021-08-02T11:49:09","modified_gmt":"2021-08-02T11:49:09","slug":"inovasi-usaha-ums-bantu-komuniti-popularkan-serunding-kubis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/inovasi-usaha-ums-bantu-komuniti-popularkan-serunding-kubis\/","title":{"rendered":"Inovasi usaha UMS bantu komuniti popularkan, Serunding Kubis"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU: Inovasi diusahakan sekumpulan pakar Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk membantu komuniti tempatan menghasilkan Serunding Kubis mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua kumpulan penyelidik, Dr Jurry Foo berkata, pihaknya diumumkan penerima anugerah pingat emas bagi projek Penyediaan dan Pemasaran Serunding Kubis, iaitu satu inisiatif membantu penduduk Ranau menghadapi isu lambakan sayur-sayuran pada Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) 1.0.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_3520\" aria-describedby=\"caption-attachment-3520\" style=\"width: 254px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-3520\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/803CE1E8-9E53-43A2-BBAF-CAE664703F4E-254x300.jpeg\" alt=\"\" width=\"254\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/803CE1E8-9E53-43A2-BBAF-CAE664703F4E-254x300.jpeg 254w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/803CE1E8-9E53-43A2-BBAF-CAE664703F4E.jpeg 652w\" sizes=\"(max-width: 254px) 100vw, 254px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-3520\" class=\"wp-caption-text\">Jurry Foo<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPada ketika itu pergerakan terhad menyebabkan petani menghadapi cabaran bagi memasarkan sayur-sayuran ke pasaran luar daerah dan hanya mengharapkan pembeli daripada kalangan penduduk setempat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSayur kubis merupakan sayuran paling terjejas menyebabkan petani serta peniaga terpaksa menanggung kerugian serta berlakunya pembaziran sayuran.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAtas keprihatinan terhadap nasib komuniti setempat, UMS melalui Pusat Penyelidikan dan Inovasi (kini dikenali Pusat Pengurusan Penyelidikan UMS) telah melancarkan dana penyelidikan COVID-19 bagi membantu masyarakat,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jurry berkata demikian ketika dihubungi pemberita berhubung pengiktirafan tersebut yang diperoleh melalui penyertaan secara maya dalam National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2021 anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (POLIMAS).<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_3522\" aria-describedby=\"caption-attachment-3522\" style=\"width: 234px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-3522\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/8D42873F-1335-4C3D-83AB-A29930C7E056-234x300.jpeg\" alt=\"\" width=\"234\" height=\"300\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/8D42873F-1335-4C3D-83AB-A29930C7E056-234x300.jpeg 234w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/8D42873F-1335-4C3D-83AB-A29930C7E056.jpeg 560w\" sizes=\"(max-width: 234px) 100vw, 234px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-3522\" class=\"wp-caption-text\">Serunding Kubis: Gambar oleh: UMS<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, pakar<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>UMS yang terlibat terdiri daripada kumpulan penyelidik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), serta penyelidik dari Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDi sini kita mengambil tanggungjawab mencadangkan beberapa idea untuk memproses sayur kubis menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pada komuniti untuk meminimumkan risiko pembaziran sayuran. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSementara menunggu tawaran dana penyelidikan dari UMS, saya telah mengadakan bengkel secara dalam talian tentang cara memproses<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>sayuran termasuk kubis dalam bentuk serunding dengan menginspirasikan kaedah menghasilkan serunding Tuhau yang merupakan produk makanan tempatan popular dalam kalangan masyarakat di Ranau. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPada peringkat permulaan, cadangan ini mendapat tentangan umum kerana ramai yang beranggapan sayur kubis tidak sesuai dijadikan serunding. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cNamun sekumpulan komuniti perintis telah merealisasikan idea dan resipi penyelidikan UMS dengan jayanya melalui bimbingan dalam talian,\u201d katanya yang juga Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ujar Jurry, daripada makanan sampingan biasa-biasa, kini Serunding Kubis telah menjadi produk makanan tahan lama yang mendapat permintaan menggalakkan daripada pengguna.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIa kini dipasarkan dalam talian secara meluas dan boleh didapati di platform e-Dagang seperti Shoppee dan Lazada. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cProduk Serunding Kubis ini juga boleh didapati di beberapa cawangan pasaraya tempatan iaitu BATARAS dan SABINDO,\u201d jelasnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengulas lanjut, Jurry yang juga pensyarah kanan FSSK memaklumkan, penyelidikan dan inovasi berterusan bukan sahaja membawa kepada peningkatan kualiti produk secara berterusan malah meningkatkan keupayaan komuniti sebagai pengusaha, yang mampu membuka peluang pekerjaan kepada golongan terjejas.<\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_3524\" aria-describedby=\"caption-attachment-3524\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-3524\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/209FC110-0C37-43C3-94B6-763179CC0C09-300x210.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"210\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/209FC110-0C37-43C3-94B6-763179CC0C09-300x210.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/209FC110-0C37-43C3-94B6-763179CC0C09.jpeg 717w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-3524\" class=\"wp-caption-text\">Serunding Kubis: Gambar oleh UMS<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDalam masa sama, produk ini secara tidak langsung memberikan idea dijadikan sebagai produk pelancongan pada masa akan datang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cJusteru, kita yakin bahawa kelangsungan produk dan keupayaan komuniti lebih<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>terjamin dengan penglibatan dan suntikan dana daripada banyak pihak. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSebagai pemegang hak cipta resipi asas Serunding Kubis, komuniti rintis yang terdiri daripada pengusaha digalakkan bekerjasama dengan pemegang taruh lain,\u201d katanya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jurry turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak<span class=\"Apple-converted-space\">\u00a0 <\/span>yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya mewakili kumpulan penyelidik mengucapkan setinggi penghargaan kepada UMS atas dana yang diberikan, kepada komuniti perintis yang merealisasikan idea inovasi sosial penyelidikan ini menjadi kenyataan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUcapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), pasaraya BATARAS dan SABINDO. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cAkhir sekali rasa bersyukur atas semua kerjasama ahli-ahli penyelidikan ini dan semestinya kepada FSSK. Saya sebagai ketua penyelidik amat berpuas hati kerana matlamat inovasi sosial telah tercapai sebelum tarikh akhir malah telah memberikan manfaat kepada banyak pihak,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Untuk rekod, projek inovasi sosial Serunding Kubis turut mendapat pengiktirafan pingat gangsa sebanyak dua kali sebelum ini melalui sebuah pertandingan inovasi peringkat antarabangsa dan sebuah lagi di peringkat dalaman UMS.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Inovasi diusahakan sekumpulan pakar Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk membantu komuniti tempatan menghasilkan Serunding Kubis mendapat pengiktirafan di&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":3518,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-3517","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3517","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3517"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3517\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3527,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3517\/revisions\/3527"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3518"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3517"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3517"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3517"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}