{"id":35258,"date":"2026-02-07T06:24:12","date_gmt":"2026-02-07T06:24:12","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=35258"},"modified":"2026-02-07T06:24:12","modified_gmt":"2026-02-07T06:24:12","slug":"rm22-3-juta-perkasa-pekebun-kecil-risda-sabah-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/rm22-3-juta-perkasa-pekebun-kecil-risda-sabah-2026\/","title":{"rendered":"RM22.3 juta perkasa pekebun kecil RISDA Sabah 2026"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">TENOM: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM22.308 juta melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi memperkasa komuniti pekebun kecil di Sabah.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ini sepanjang tahun 2026 menerusi pelbagai inisiatif pembangunan yang dirangka secara menyeluruh.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, daripada jumlah itu, RISDA Daerah Keningau menerima peruntukan RM4.66 juta bagi melaksanakan program pembangunan pekebun kecil di daerah berkenaan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut beliau, peruntukan tersebut melibatkan tiga komponen utama iaitu Program Penanaman Semula Getah dan Bekalan, Program Produktiviti dan Pemasaran serta Program Pengembangan dan Perancangan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cProgram Pekebun Kecil Makmur anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui RISDA ini bertujuan memastikan pekebun kecil menerima maklumat terkini yang bermanfaat bagi meningkatkan pulangan serta menyokong pembangunan desa yang mampan,\u201d katanya di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jamawi berkata, komuniti pekebun kecil perlu terus diberi galakan dan sokongan melalui inisiatif baharu bagi mewujudkan peluang penambahan pendapatan, khususnya dalam situasi harga getah dunia yang semakin mencabar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cUsaha mempelbagaikan sumber pendapatan menjadi keutamaan kerajaan supaya pekebun kecil tidak bergantung sepenuhnya kepada hasil getah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengulas cabaran sektor getah, beliau berkata Rekod Banci Pekebun Kecil Getah (BPKG) 2023 menunjukkan sebanyak 24,443 hektar kebun getah matang di Sabah tidak lagi diusahakan, sekali gus menyumbang kepada penurunan pengeluaran getah asli negara.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sehubungan itu, Jamawi memaklumkan RISDA Sabah turut menerima peruntukan RM1.5 juta khusus bagi meningkatkan produktiviti kebun getah pekebun kecil melalui pelaksanaan beberapa inisiatif termasuk Program Pemulihan Getah Terbiar, Program Pengeluaran Hasil Getah Matang serta Insentif Pengeluaran Hasil Getah (Lateks).<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, pengeluaran lateks mampu memberikan pulangan lebih baik berbanding hasil skrap, sekali gus meningkatkan pendapatan pekebun kecil.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam pada itu, beliau menyeru pekebun kecil agar terus bekerjasama dengan RISDA dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) bagi memastikan kebun getah diusahakan secara lebih produktif dan mampan.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TENOM: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM22.308 juta melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi memperkasa komuniti pekebun kecil&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":35259,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-35258","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35258","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35258"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35258\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35260,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35258\/revisions\/35260"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35259"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35258"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35258"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35258"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}